IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

RESEPI PILIHAN 1
 

Wednesday, February 27, 2008

Masa tengah makan malam dengan kakak aku tadi sembang punya sembang terkeluar cerita ttg nasi ayam...Nasi ayam ni ada banyak jenis nasi ayam...yang selalu kita jumpa kat kedai kedai atau kat pasar malam tu nasi ayam biasa atau kita boleh katakan nasi ayam citarasa org melayu...tapi sebenar asal usul nasi ayam ialah dari bangsa cina....Dan yang paling sedap ialah nasi ayam hainan/hakka....kalau nk tau stail makan dia mcm mana...korang pegi la kat CHICKEN RICE SHOP...kat ctu ada nasi ayam hainan/hakka style...So kat siniLia nak kongsi la ngankorang resepi NASI AYAM HAINAN.

NASI AYAM HAINAN

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa
minyak bijan
1 batang timun dihiris
2 biji tomato dihiris
daun salad


BAHAN-BAHAN(a)(Digiling)

2 inci halia
1/2 labu bawang putih


CARA-CARA

1.Gaulkan bahan(a) bersama ayam,sos tiram,kicap pekat dan garam. Perap selama 4 jam. Kemudian campurkan segelas air dan rebuskan ayam sampai masak. Angkat ayam yg dah masak dan dibasuh supaya halia tidak melekat pd ayam. Kemudian ayam digoreng.

2. Air lebihan dr rebusan ayam ditapiskan dan dijadikan kicap ayam.3.Potong ayam dan hidanglah dgn hirisan timun, tomato salad dan kicap ayam tadi dicurahkan ke atas ayam.


MEMBUAT NASI NYA

BAHAN-BAHAN

3 cawan beras direndam sampai putih
1 ulas bawang putih dihirs
2 cm halia dihiris
Air rebusan ayam
3 sudu besar mentega utk menumis


CARA CARA:

1. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga kuning. Masukkan beras, tumis beras sampai nampak kekuningan. Masukkan air rebusan ayam (anggaran air lenih kurang 1/2 inci dr paras beras) Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia masak.


SAMBAL

BAHAN-BAHAN

5 biji cili besar merah
5-10 biji cili padi
Sos tomato
Limau nipis
Sedikit air, garam, gula dan bahan perasa.


CARA MEMBUAT SAMBAL

Blend kesemua bhn dan jadilah sambal cili . Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam dan sambal cili.



SELAMAT MENCUBA




.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Email this post


0 apa kata mereka: to “
RESEPI PILIHAN 1

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM