IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

HIDUP IBARAT PUTARAN RODA
 

Saturday, July 18, 2009


Entah mengapa sejak akhir akhir ini kekangan masa merupakan cabaran yang amat hebat dalam kehidupan ku...sehingga kan untuk mencari ruang membuat posting terkini pun menjadi terlalu sukar....bila di belek belek blog ni pun dah tak ubah seperti blog usang yg tidak lagi menerima kunjungan ramai seperti dulu lantaran dari jarang jarang adanya postingan terbaru....kesian kan blog ni..?hehehe...

Untuk postingan kali ini aku terpanggil untuk memaparkan satu kisah teladan yang aku baca dalam satu majalah.Tergerak hati untuk berkongsi perkara ini bersama anda semua.Allah maha adil pada setiap hambanya...kadang kadang balasan setimpal tidak perlu tunggu di akhirat...di dunia juga Allah dah bayar 'cash'....

Alkisah....maka tersebut lah kisah....
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang.... pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA. ALLAHUALAM BISSAWAB...SESUNGGUHNYA HANYA DIA YANG PALING MENGETAHUI...

Pengemis cinta...


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Email this post


2 apa kata mereka: to “
HIDUP IBARAT PUTARAN RODA

  • simahir
    August 1, 2009 at 5:07 PM  

    Nice Blog, ramai sangat.

  • Anonymous
    August 12, 2009 at 3:07 AM  

    Salam..Ingat saya lagi tak?

    Lama xmsuk Blog Lia ni..Lia xshat ek..Saya doakan Lia lekas smbuh k..insyaallah..
    Batu karang nie mmg bahaya tau Lia..Saya baru je kene tengah bulan lepas..sakit sgt2 dan rasa nak muntah tetiba semasa ngah drive..pastu terus drive ke spital..

    so Lia cmner skrg? da bt operation ke? nanti doc nak bt laser atau bedah? saya aritu doc masukan kamera pada salur dan masukan alat untuk amek batu karang tu..sakit kan main lg..

    so okla..saya doakan Lia cepat baik ky..

    Mambang Air

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM