IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

MOHON MAAF..
 

Saturday, May 31, 2008

Kepada semua pengunjung dan pembaca setia...,

Mohon maaf kerana dah lama tak mengupdate blog ni ...mungkin kerana kesibukkan yang membelenggu dan juga sedikit masalah kesihatan yang di alami yang membawa kepada di masukkan ke wad untuk lebih kurang 4 hari(di hospital Sg.Buloh)...kerana sedikit masalah jangkitan kuman di hati dan masalah masalah lain...

Harap pada yang terus menyokong agar tak jemu terus singgah di sini....insyaalah bila kesihatan kembali pulih lia akan kembali update kan blog ni ngan bahan bahan baru untuk tatapan anda pembaca dan pengunjung setia....terima kasih...

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


BERFIKIR DULU SEBELUM KOMEN...
 

Thursday, May 15, 2008


BLUEKKKKK...!Macam ni pun nak melenting!

Heran teramat amat heran apabila satu artikel yang lia uploadkan kat blogcinta telah mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak terutama nya dari kaum lelaki.....kenapa?Apa yang tak kena dengan artikel itu??? Judul artikel tu "Wanita Pantang Dengan Lelaki Macam Ni" ...baca dan teliti dulu jgn cepat melatah.Kenapa ada yang nak marah marah dan komen pasal "tak semua macam tu",ada yang dtg cakap "ape ingat lelaki je ke perangai mcm tu..pempuan pon ada....keras hati...cakap tinggi...!". Hello kawan!Yang nak melenting tak tentu pasal tu kenapa...baca dan hayati dulu isi kandungan nya...ini adalah pandangan peribadi seorang wanita tentang APA YANG DIA TAK SUKA LELAKI TU BUAT...suka hati mak bapak sepupu mak angkat dia la dia nak tulis apa pun, itu pandangan dia.Dia tak cakap pun semua lelaki macam tu,kalau korang tak mcm tu korang nak melenting tak tentu pasal wat apa....hahahahahah....agaknya pasal ada termakan cili sikit la kut sebab tu nak melenting...huhuhu....Dan bagi yang komen "perempuan pun ada perangai buruk bukan lelaki saja.."...eh!ade ke dia cakap kat situ perempuan semua mcm malaikat dan keramat hidup..tak ada kan...dia cuma khususkan kat situ nak bincangkan tentang keburukan lelaki yang dia tak suka dan dia pun tak pulak tujukan pada mana mana lelaki yg tertentu,perbincangan tu adalah secara umum...apa masalahnya..lantak dia la...kalau korang org lelaki ada perangai pempuan yang korang tak suka korang tulis la artikel pasal tu pulak...!!!Takde sapa nak halang pun...itu cuma pendapat seorang dari berpuluh juta wanita kat mesia dan dunia...apa la yang korang nak beso beso kan sgt...tapi yang pasti kebanyakkan pempuan bersetuju dgn kenyataan tu...terusterang itu bukan niat dia untuk memburuk burukan mana mana lelaki...dia cuma nak semua tahu yg dia tak bekenan lelaki yg ada ciri ciri tu..itu saja...KES DI TUTUP!!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


SECEBIS DOA,SELAUT HARAPAN...
 


"Ya Allah,Seandainya dia memang jodohku,maka dekatkanlah...Tapi kalau bukan jodohku,Jodohkanlah....Jika dia tidak berjodoh denganku,maka jadikanlah kami jodoh...Kalau dia bukan jodohku,jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,biarkan dia tidak berjodoh sama sepertidiriku...Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,jodohkanlah kami kembali...Kalau dia jodoh orang lain,putuskanlah!Jodohkanlah dengan ku...."

Ruangan KHUSUS untuk teman teman memberi comment dan dari comment ini teman teman boleh track back link....Happy blog walking and happy blogging!!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


SEKADAR GAMBAR HIASAN
 

Saturday, May 10, 2008

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


DIORANG TANYA INI ,KO JAWAPLAH INI...
 

Friday, May 9, 2008


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah tanam padi ni?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie... opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


GATHERING YM BOWLING KING 2008(part 2)
 

Monday, May 5, 2008

Semalam lia dah pun tulis posting tentang YM BOWLING KING part 1 yang memaparkan kisah dan gambar gambar sekitar pertandingan bowling di Plaza Alam Sentral..Jadi untuk kali ni lia akan ceritakan pulak tentang acara pada sebelah malam iaitu acara yg di tunggu tunggu(selepas penat menghempas bola bowling)makan makan dan karaoke.
Pertama nya nak ucapkan terima kasih buat All_777 dan Mie kerana dah stanby menanti kedatangan kitaorang dan dah booked tempat yang paling strategik untuk geng kita meng'havock'kan diri malam tu...hehehe.Sampai sampai jer ..cukup korem kita order makan dulu...tak mau lengah lengah dah sebab dah tau kawan kawan semua perot tgh lapo....

Antara MENU malam tu...

  • Ikan siakap masak sweetsour
  • Tomyam Campo
  • Paprik ayam
  • Sayo kailan goreng ikan masin
  • Telur Dadar
  • Air ikut citarasa sendiri dan flow terus tak kira berapa gelas pun nak lantak...hehehe..

GAMBAR IKAN SEBELUM

GAMBAR IKAN SELEPAS

Bila hidangan dah sampai tanpa berlengah lagi adalah acara apa lagi...acara makan la...So sambil sambil makan kita di hiburkan sengan nyanyian karaoke rakan rakan kita dan juga oleh org luar yang juga makan makan kat situ....

Antara yang naik pentas malam tu.

Lia duet ngan Castello_buragas....kita import dia dari Johor sempena majlis ni.Hehehehe

Yang ni Ratu Dangdut YM kita...Manje....


Acara posing memosing selepas kekenyangan...patut la muka semua mcm manis jer...iye la..dah kenyang la katakan..hehehe!
Wajah 3 dara pingitan...wakakakak...
Wajah antara tulang belakang dan orang kuat gathering kali ni...
Dah lepas penat berposing(letih nak senyum sebab dah banyak sgt amik gambar)...so..kita posing kaki la pulak.....hehehe....(agak agak kaki sapa lah tu ek?)

Kesimpulannya Gathering ni Lia rasakan cukup berjaya terima kasih pada semua yang hadir..
All_777,Nash,Ayai,Mie,Aji Ferol,Manje,Fa,Qiqie,Dak Wan & Wife, dogol_botak, pu3 azliza, baby_beyla,anie_jhr,kimi_raikonen,Adik Aidil,Manse Black,Bro Charlie,Aloy,....dan ramai lagi yang tak dapat lia nak sebut semua kat sini...Korang semua mmg sempoi.Lia sayang korang semua...
Kepada NASH share partner lia untuk kali kedua dah masuk kali ni...Hope next time kita boleh bekerja sama lagi..terima kasih banyak banyak..
Dan pada 'org org kuat' yang sentiasa berada di belakang Lia(you know who you are!)Thanks for all the support and always be there for me whenever i need all of you..!
Jumpa lagi pada gathering kita yang akan datang yang di jadualkan pada bulan Ogos nanti...
Jumpa anda di sana ...sana ..sana.....

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


JOM BUAT DUIT!
 

Kalau saya katakan yang kami boleh buat RM50.00 anda manjadi RM64,800...bagaimana??Jangan kata kami penipu sebelum anda baca dan fahami jalan ceritanya hingga tamat!!

Ini bukan MLM.
Ini bukan SKIM CEPAT KAYA.
Ini bukan SKIM PELABURAN MATA WANG ASING.

Tetapi ini adalah sejenis perniagaan YANG SAH DI SISI UNDANG UNDANG.

Hanya dengan marketing PLAN yang mudah dan menakjubkan di tambah dgn SEDIKIT USAHA dari anda akan menjamin bahawa anda adalah penerima RM64,800 seterusnya.. .

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.sumberduit.com

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


GATHERING YM BOWLING KING 2008
 

Pada 3 Mei yang lalu telah berlangsung Gathering sempena YM BOWLING KING 2008 yang telah diadakan di Plaza Alam Sentral Bowling Alley.Sungguh meriah dan kehadiran adalah di luar dugaan.Wlalupun pada awalnya pihak organizer dan admin telah mengalami pelbagai kesulitan untuk menjadikan event ini satu kenyataan tapi alhamdulilah berkat sokongan semua yang hadir dan juga rakan rakan akhirnya event ini telah menjadi event yang boleh di banggakan dan di kenang oleh semua yang hadir...
Acara untuk hari itu di mulakan dengan acara main bowling yang bermula pada pukul 5 petang.Hmm...mmg seronok dan terus terang lia mmg tak pandai main...kira suka suka jer untuk memeriahkan majlis.Pendek kata memang meriah dan semua yang hadir memang sporting and supportive....dalam main gelak gelak dan ruih rendah tu tak terasa pun yang masing masing dah menamatkan 2 frame...Kalau korang nak tau memang kumpulan kami ni lah yang meng'havock'kan Bowling Alley tu...dah la kengkawan sendiri kami kacau,sampai budak budak yang main kat lane sebelah pun kena kacau...hehehe...mmg tak makan saman tol...wahahah....Dah lah tu...ada pulak la org org yang dah dapat nama 'jolokan' yang tertentu...seperti Qiqi Si Bola Manja....Fa Si Ratu Foto...Kimi-tgn yg menghayun senduk adalah tgn STRIKE banyak kali gak...wahahaha
Walaupun nama event ni YM Bowling king tapi kan...kan...yang menang adalah QUEEN..wahahaha..apa macam ni beb!?Nampak nya next time kita kena tukar YM BOWLING QUEEN...dengan harapan king king kita pulak yg akan menang...hehehe...
Ini dia pemenang pertama(sorry pic gelap sikit)...baby_beyla...
Ini pemenang kedua Bro Charlie....(u mmg sporting giler beb!Wa caya lu!)
Dan ini pemenang ketiga kimi_raikonen Chef Senduk Strikeku...wakakaka
Ini adalah gambar gambar kenangan yang di abadikan beramai ramai selepas pertandingan itu...semuanya muka HAPPY jer...lebih happy lagi ialah selepas ni adalah sessi makan dan nyanyi nyanyi di Rejab Seafood ,Batu3 Shah ALam.Di bawah ini adalah beberapa gambar lagi sekitar pertandingan bowling...
Ini TRIO bujang lapok kita...awakakaka...
Kasih terjalin pandang pertama...Itu anak DAK WAN Otai dengan Adik Aidil.Kalau korang nak tahu Aidil ni bukan budak YM..dan dia ni baru terjumpa dengan salah sorang peserta kita di atas bas semasa dalam perjalanan ke Shah ALam,tapi kesetiaan dia untuk bersama sama dalam event ni dari mula sampai abis buat lia salute dia...Akak cayang u Aidil!
Ni adalah kumpulan yang dapat tempat pertama dalam acara LARI DALAM GUNI(jgn mare wey)...wakakaka!Ini pic Ratu Foto ngan Qiqie Si Bola Manja.....Ini pic sape ek...Pic 'couple of the year' agaknya...wakakakak...

Walau apa pun memang best sangat hari tu...tunggu posting kedua lia yang akan menceritakan acara pada malam harinya pulak dan gambar gambar lain sekitar acara ini berlangsung yang akan lia uploadkan kat photobucket(banyak woo nak upload,ni semua Ratu foto punya keja ni..wahahaha)

Berbanyak banyak maaf kerana lia lupa untuk ucapkan terima kasih kepada para menaja untuk acara tersebut iaitu..:

1.Manje - Tuala muka(dengan eksesori menarik mcm ala ala bunga telor gitu)
2.Nash - menaja hamper untuk para pemenang
3.All_777 - menaja air minuman
...dan mereka mereka yg tak mau namanya di sebut di sini....terima kasih lia ucapkan..hanya Allah saja yang mampu membalas...

Buat semua kawan kawan..korang semua memang best...baru kenal atau lama kenal tak jadi soal..yang penting persahabatan kita terjalin erat sepanjang pertandingan tu berlangsung akan terus kekal selagi nyawa di kandung badan...

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


DAH DAPAT!!
 

Sunday, May 4, 2008

Setinngi tinggi terima kasih dan penghargaan Lia nak ucapkan pada seorang teman yang telah sudi mengirimkan pada Lia VIDEO nyanyian lia semasa lia di undang ke TV3 tempohari.Sebelum ni lia cuma dapat uploadkan Video temubual kerana lia gagal untuk record keseluruhan program akibat bateri camera abis...So di bawah ini adalah Video tersebut...siapa yang terlepas menyaksikan rancangan itu harap lah berpuas hati...dan kepada MUS...jasamu ku kenang..!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


HARI INI,KU KEHILANGAN...
 

Saturday, May 3, 2008


Hari ini aku telah kehilangan sesuatu....aku kehilangan punca...aku kehilangan sumber....aku kehilangan sebahagian dari hidup ku yang selama ini buat aku jadi kuat,buat aku jadi tabah dan buat aku jadi semangat meneruskan hari hari ku dimana semangat ini bercantum dengan jiwaku menjadi satu....

Hari ini,aku telah telah hilang semangat itu...hilang bagai di rentap halilintar...dengan hanya sekali sambar...meruntun jiwaku yang telah sedia bercelaru.Namun kau tetap juga melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang...tanpa ada rasa kesal..sedang hati ini umpama sudah tidak bernadi kerna nyawaku telah kau bawa pergi dalam setiap langkahmu meninggalkan aku...

Hari ini dengan sebahagian hidup yang masih tinggal,aku masih tercari cari erti sebenar di sebalik langkah mu...walau aku tidak berhak menghalang...tapi aku masih punya hak untuk tau kenapa dan mengapa...tapi kenyataan yang kau beri bukanlah jawapan pada persoalanku.....aku sedar aku bukan pilihan hatimu...dengan terang dan tanpa berselindung kamu telah menyatakan itu tanpa memikirkan bahagian bahagian jiwa ku yang telah bersatu dengan jiwamu.Setiap prosa yang engkau lafazkan membuat hatiku hancur berkeping keping...Begitu murah sekali kah harga cintaku di matamu sehingga kau sanggup untuk menginjak kebenaran dalam hatimu yang sebelum ini aku pernah bertakhta sebagai Ratu di situ...begitu bersahaja kamu lafazkan yang aku bukan lagi di hatimu seolah olah hubungan yang sejauh ini tidak langsung bererti buatmu...

Hari ini dengan hati ku yang masih bersisa...mau tidak mau aku harus meneruskan hidupku yang aku sendiri tak pasti dapat bertahan untuk berapa lama lagi.Walaupun bukan mudah...tapi aku sudah tak punya banyak pilihan...pilihannya yang ada hanya MATI atau TERUS HIDUP dan aku memilih untuk terus hidup walaupun dalam serba kepayahan dan kelukaan yang maha perit.

Eesham...terima kasih dia atas hadiah sebuah duka yang telah kau ciptakan untukku.Semoga kau akan temui apa yang kau cari...dan hari ini ,aku kehilangan...

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM