MASUK SEPITAL LAGI!
Part 2:Episod Tawakkal je lah..
Part 2:Episod Tawakkal je lah..
Monday, August 17, 2009
Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca yang budiman.Mohon maaf seandainya blog ini dah lama tak ada posting baru...Almaklum sajalah..tuan punya blog terlantar di wad.Ni pun lia curi curi masa untuk menjenguk dan menitipkan bingkisan ini untuk tatapan semua.
Mungkin kepada anda yang dah membaca posting sebelum ini dah mmg sedia maklum yang lia dah di masukkan ke wad 2 minggu lalu.Kalau sebelum ni doc masih belum dapat memberi kepastian apa sebenarnya penyakit lia tapi baru baru ni semuanya bukan rahsia lagi...Setelah beberapa scan yang doc telah buat dan beberapa ujian terpeinci...mereka mengesahkan yang lia ada KETUMBUHAN PADA BUAH PINGGANG SEBELAH KIRI.Bagai mana perasaan lia pada masa mendengar perkhabaran itu hanya Allah sajalah yang maha mengetahui...fikiran bercelaru...otak berserabut...mcm mcm perkara bermain dalam benak pikiran...dan mula dah berpikir yang bukan bukan...Memang kita tak mau meminta dan mendoakan yang buruk buruk..tapi kepala hotak ni tetap gak memikirkan benda yang buruk akan berlaku...Namun kehadiran keluarga dan rakan rakan terdekat sedikit sebanyak memberi aku semangat untuk menerima kenyataan dan bersabar menempuhi dugaan...
Esok lusa ada beberapa ujian lagi yang perlu aku jalani sebelum doc menetapkan satu tarikh untuk aku menjalani pembedahan.Kepada Allah aku panjatkan doa semoga apa yang akan aku dengar tidak lah seburuk yang aku sangkakan...Namun jika ITU keputusan yg di beri oleh doc...aku redha...
Kat sini ada beberapa pic baru yang sempat aku abadikan sepanjang kat sepital ni..
Jangan tersilap ye..ni bukan beg masuk darah ni ialah beg urine(beg air kencing) aku yang penuh dgn darah sebab kencing berdarah...
Sampai di sini je yang dapat lia tulis untuk bingkisan kali ini...semoga dapat bertemu lagi di lain waktu.Doakan kesejahteraan kesihatan lia k...kerana itu lah yang paling lia perlukan di saat ini..
Berserah kepadaNya...
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Klik kopi!
0 apa kata mereka: to “MASUK SEPITAL LAGI!
”
Part 2:Episod Tawakkal je lah..
Post a Comment