IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

MLM lagi...
 

Wednesday, August 19, 2009


Apabila posting yang lepas saya bercakap tentang MLM dan skim skim cepat kaya ramai yang memberi respon...ada yang berkata apa Cik Sweetalia dah tukar bidang ke?dah terjun ke biz MLM?..tak kurang juga yg memberi pendapat sinis dgn menemplak saya dan bertanyakan apa yg saya tau ttg bidang ni...sehingga saya pandai pandai melabelkan sesuatu skim itu sebagai SCAM...

Demi Allah sesungguhnya saya tak bermaksud untuk melaga-laga kan sesiapa jauh sekali untuk melabelkan mana mana skim sebagai SCAM.Saya hanya bercakap berdasarkan fakta untuk memberi kesedaran kepada anda diluar sana yang mungkin selama ini kurang jelas ttg konsep MLM yang sebenar benarnya...Dalam posting saya yg sebelum ini...apa yang saya quote kan adalah perkara perkara yg terkandung dalam Akta Jualan Langsung di Malaysia yg saya ubah dan olah menjadi "sesedap rasa" dan lebih mudah difahami oleh org org biasa mcm kita ni...

Sebenarnya mengapa saya terpanggil untuk menulis semua ni..dahulunya... saya sama seperti org lain yang begitu teruja dgn perniagaan MLM dan Skim Skim Cepat Kaya yang tersebar begitu meluas di internet...dan terus terang saya katakan saya adalah di antara ribuan manusia di Malaysia yg melabur dengan AB Fund dan Swisscash yang hampir hampir terkena "heart Attack" bila syarikat syarikat itu "gugur" dan wang wang di bekukan...walaupun pada dasarnya sempat gak memperolehi keuntungan berpuluh ribu...tapi kehilangan baki USD15000 yang tidak sempat di keluarkan semasa syarikat itu "rebah" sedikit sebanyak memberi impak yg besar kepada saya....

Jadi mulai dari saat itu,saya terus tanamkan pada diri saya yang saya hanya akan melibatkan diri dalam perniagaan yang sah...biarpun keuntungan mungkin tak begitu lebat yang penting "legal".Kerana hanya yang "legal"saja yang mampu bertahan lama dan tak penah menipu...

Mungkin pada yang dah terbiasa dengan MLM dah sedia maklum dgn syarat paling asas untuk menceburi bidang ini iaitu mesti ada..
1.MODAL atau dgn kata lain satu bayaran awal untuk melayakkan anda berdaftar dgn syarikat itu.

2.DOWNLINE-belum ada perniagaan MLM di mana mana pun yang tidak memerlukan DOWNLINE.Kalau ada pun itu hanyalah helah sesuatu individu untuk memperdaya anda menyertainya.Dengan kata kata manis dia memberi tahu anda bahawa anda tak perlu mencari downline dan dia akan carikan downline untuk anda dengan kaedah SPILLOVER.Cuba anda pikir baik baik...semasa rangkaiannya(networking)nya masih awal...mmg mudah bagi dia nak pantau dan cari spillover untuk org bawahan nya...tapi setelah networkingnya berkembang..apa anda yakin yang dia boleh menjaga semua org bawahannya dan pastikan setiap sorang daripada mereka mendapat spillover yg mencukupi bagi memenuhi downline yg dikehendaki??Sedangkan pada masa itu dia sudah di atas mengecapi puncak kejayaannya dan anda masih di bawah,masih ternanti nanti spillover yg tak kunjung tiba...dan seterusnya anda pasti merungut kenapa org lain berjaya tapi anda tidak namun tidak kah anda sedar itu adalah kesilapan anda sendiri kerana nak buat kerja mudah,tak nak cari downline,bergantung harap pada org lain sedangkan org tu buat untuk kepentingan dia sendiri je..tak pikir pun tentang anda YG MALAS ni ...Akhirnya segala modal yang dah anda keluarkan rugi dan terbengkalai begitu sahaja...Jadi tak ada istilah dalam MLM labur wang duduk saja...Downline mesti kena cari paling tidak seorang atau 2.

3.PRODUK-Mesti ada produk..ya lah dah keluar sejumlah modal takkan lah tak ada produk dan produk itu mestilah produk yang sah di perdangangkan.

4.LESEN-Haa...yang ni yang paling penting.Pastikan syarikat MLM anda mempunyai lesen yang sah.Kalau syarikat itu legal..mereka tak akan teragak agak untuk menunjukkan lesen mereka apabila di minta.Ada dua lesen yang anda perlu tahu..iaitu lesen Jualan Langsung dan satu lagi adalah lesen yang membenarkan syarikat mengambil deposit daripada individu individu(para pendeposit)

Ok itu 4 perkara asas yang perlu ada dalam MLM...sebenarnya ada banyak lagi yang anda perlu tahu...tapi pada peringkat awal...jika kempat empat perkara di atas dapat anda sah kan maka secara asasnya syarikat tersebut adalah syarikat MLM yang sah.

Namun bagaimana kah untuk mencari perniagaan MLM yang baik dan menjamin kejayaan?

Bertindaklah mengikut KEMAMPUAN.jika anda mampu untuk mengeluarkan modal yang besar anda boleh memilih MLM yang mengenakan jumlah modal permulaan yang besar.Biasanya perniagaan yang bermodal besar akan menjanjikan pulangan yang besar juga..tapi anda harus ingat yang anda perlu mencari downline dan setiap daripada downline itu harus mampu membayar sejumlah modal yang besar sama seperti anda...Jadi persoalannya di sini berapa ramai diantara kita mampu untuk mencari downline yang mampu untuk membayar modal yang besar???Persoalan ini perlu di jawap terlebih dulu jika anda mau berjaya...tepuk dada tanya selera...

Pilih lah MLM yang perlu mencari jumlah DOWNLINE yang paling minima...iaitu 3.(Mengikut undang undang Jualan langsung 2 org downline adalah bukan perniagaan yang sah.Akta MLM downline harus ada 3(direct) atau lebih)Jadi 3 adalah yang paling minimum dan tak begitu berat untuk seorang individu mendapatkan downline seramai 3 org .Dan adalah lebih baik untuk anda tanamkan dalam diri anda untuk menyelesaikan tugas individu anda iaitu mencari 3 downline seperti yang di syaratkan sebelum untuk menarik lafaz lega dan menunggu hasilnya.Jika setiap daripada anda yang menyertai MLM melaksana kan tugas anda sehingga selesai..PASTI tak akan timbul isu downline tak dapat "kaki" atau bergantung kepada spillover...

Pilihlah MLM yang bergerak secara TEAM WORK.Dalam MLM bergerak secara berkumpulan lebih menjamin kejayaan.Setiap ahli dalam kumpulan tersebut membantu sesama sendiri untuk mengembangkan networking mereka dan itu yang sepatutnya berlaku.Mungkin ramai yang menganggap ini adakalanya janji kosong...bila kita dah masuk kita di biarkan terkapai kapai tak ada haluan...namun jika anda kenal syarikat anda dan anda kenal dgn TEAM anda perkara perkara seperti ahli ahli yang tercicir tak akan berlaku.bila kita cakap soal TEAM WORK anda perlu sedar yang kerja di lakukan BERSAMA SAMA..ini bermakna anda juga perlu MENYUMBANG untuk memastikan kejayaan kumpulan anda.Jadi tak ada istilah masuk dan DUDUK SAJA....

KESIMPULANYA..Biarlah kita cari perniagaan MLM yang modalnya berdasarkan kemampuan...nak cari downline pun berdasarkan kemampuan...biar untungnya kecil tapi untung masuk secara berterusan...kerana syarikat ini berlesen sah.!!

Sejak kebelakangan ini ada satu perniagaan MLM yang menarik minat saya dan sudah agak lama saya mengkaji kesahihan Syarikat ini dan nampaknya ia memang memenuhi segala kriteria untuk menjadi satu perniagaan yang sah dan berjaya.Walaupun baru setahun lebih bertapak dia Malaysia namun dah ramai yang berjaya dengan nya.Walaupun diperkenalkan kepada saya oleh seorang kawan yang mmg saya dah tabik spring dgn kejayaanya dalam bidang MLM namun saya tak gelap mata untuk terus menyahut cabaran itu...saya masih menilai nilai apakah potensi saya dalam syarikat ini...jika sudah pasti ,saya akan mencubanya...dan selepas itu jika saya mampu melihat potensi dalam syarikat ini...saya pasti akan mewar war kepada anda dan mengajak anda untuk mengecapi kejayaan bersama saya....insyaallah...kerana saya sama sekali tidak akan mengesyorkan kepada anda sesuatu yang saya sendiri tidak yakin boleh lakukan...jadi tunggu saja perkhabaran seterusnya....

Tak perlu kaya,cukuplah sekadar hidup senang,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Email this post


5 apa kata mereka: to “
MLM lagi...

  • Daddy Zuki
    August 19, 2009 at 10:40 PM  

    thanks for enlightening me on MLM. I used to join some MLM biz but I got nothing as I failed to get downlines. not even one! feel very frustrated so i think i'd better put my money in unit trust like ASB and Public Ittikal. it might give me less profits but at least my money is safe there.

  • fikirjernih
    August 20, 2009 at 1:08 AM  

    link nya dah aku pasang

  • Jutawan Nodus
    August 20, 2009 at 7:04 PM  

    salam dari nodus... :)

  • Anonymous
    August 31, 2009 at 2:10 AM  

    Salam perkenalan.
    Nama saya Hadi Junaidi. ini first time saya ke blob saudari. very colourful dan berinfomasi. saya tertarik dengan perbincangan MLM saudari dan ingin berhubung dgn saudari untuk berkongsi maklumat tentang bisness yang sedang saya join. Apa yang menarik tentang bisness ni adalah ianya bukan MLM, tidak ada konsep pairing, tiada konsep pangkat, x konsep senior-junior, bukan skim cepat kaya, modal yang kecil, balik modal dlm jangka yg amat singkat, tidak perlu makan produk dan yang paling penting SAH perjalanan operasinya/ boleh hubungi saya lebih lanjut di email - bluedream681@yahoo.com

  • Anonymous
    September 14, 2009 at 11:24 AM  

    salam....
    Alhamdulillah, saya dah hampir tak sentuh gaji kerja hakiki saya sejak join biz ni. untuk tahu lebih lanjut boleh email saya...bluedream681@yahoo.com atau contact saya di 016-3759156
    mudah sangat dan cara yang mudah utk jana income, halal dari hukum syarak, kementerian perdangan approve, bank negara tiada masalah.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM