IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

LELAKI HARUS TAHU...
 

Thursday, March 4, 2010



Lelaki harus tahu....10 keinginan wanita.Jangan sering menyalahkan wanita sekiranya mereka sering dilihat naik angin ,marah marah,stress dan menangis tak tentu pasal.Sebenarnya golongan ini bertindak sedemikian kerana keinginan dan kehendak mereka tidak cuba di fahami oleh pasangan mereka malah sikap lelaki yang kurang peka dan tidak mengambil berat juga turut menambah kekusutan dan akhirnya golongan wanita sendiri terpaksa bertindak untuk memujuk hati sendiri dan menjeruk rasa.Semoga dengan 10 tips di bawah kaum lelaki akan lebih lebih faham naluri wanita dan tindakan mereka yang kekadang sukar diramal.

1.Pendapat yang dilontarkan oleh wanita sering dipandang remeh oleh lelaki.Mengikut kajian di dapati wanita lebih prihatin dan mempunyai sensitiviti yang kuat terhadap sesuatu perkara jadi usahlah buat acuh tak acuh bila si wanita cuba menyuarakan pendapatnya,kerana 80% yang diluahkan itu adalah benar dan boleh dipertimbangkan.

2.Lelaki mempunyai tabiat iaitu suka membandingkan pasangan mereka dengan wanita lain.Sindiran terhadap personaliti imej amatlah tidak disenangi wanita.Bukan kah lebih baik jika lelaki menegur dgn baik.

3.Setiap wanita mempunyai keinginan tersendiri dan lelaki sepatutnya mengamalkan sikap yang lebih prihatain.Mungkin ada wanita berkeinginan untuk mencuba hobi baru dan sebagainya.Lelaki sepatutnya tunaikan keinginan itu daripada hanya mendengarnya bagai angin lalu.

4.Wanita mempunyai sikap sentiasa ingin mengambil berat dan rasa ingin dihargai.Namun ramai lelaki menganggap sikap begini menyusahkan dan remeh.Apalah salahnya jika anda perlu bekerja lewat diluar atau perlu berurusan hingga lewat malam anda maklumkan kepada pasangan anda,walau hanya sebaris ayat melalui sms saja sudah cukup untuk membuat wanita itu rasa dirinya di perlukan dan dihargai.Namun masih ramai lelaki yang tidak cuba untuk memahami keadaan ini.

5.Tidak timbul masalah jika lelaki pulang lewat tapi apalah salahnya jika lelaki memberitahu ke mana arah tujuan mereka.Ketahuilah lelaki jauh di sudut hati wanita mau mengetahuinya bukan kerana dia ingin bz body tapi tapi sekadar untuk penyedap hati dan rasa selesa dan selamat apa bila mengetahui org yg disayangi berada dimana.namun pada masa yang sama mereka berat mulut untuk bertanya kerana takut disalah anggap dan risau pertanyaan mereka itu akan mengundang pertengkaran.

6.Masalah majoriti lelaki adalah untuk mengingati tarikh tarikh istimewa dlm kehidupan mereka namun ini lah yang paling mengecilkan hati pada wanita kerana bagi wanita mengingati itu adalah tanda yang anda ambil berat.

7.Lelaki harus tahu yang betapa wanita itu memerlukan sokongan apa bila berada dalam keadaan sakit atau "diserang" oleh saudara mara.Tidak seharusnya lelaki mendiam kan diri dan membiarkan wanita itu terkapai kapai hilang tujuan.

8.Menjadi ketua keluarga bukan lah tiket untuk lelaki mengamalkan sikap memerintah.wanita sudah pasti akan rasa selesa dan sejuk hati jika pasangan turut membantu dan tidak hanya mengkritik itu dan ini.

9.Ketahuilah wahai lelaki yang wanita akan merasa jauh hati apa bila melihat pasangannya bergurau dan berbual dgn teman teman lain berbanding dgn dirinya. Kenapa lelaki boleh berbicara tentang apa saja dgn kawan kawan mereka tapi tidak dgn pasangan.Mengapa setelah bersama, lelaki tak boleh untuk berkomunikasi dgn pasangan seperti mana saat bercinta dulu?

10.Biasanya karekter lelaki terus berubah apa bila dia sampai di rumah.Jika di luar lelaki mudah untuk melemparkan senyuman dan memberi pujian namun bila sampai di rumah lelaki secara automatik menjadi tidak mesra dan mudah marah...Ini menyedihkan hati para wanita dan pada ketika itu wanita mula berfikir yang kehadiran mereka tidak diperlukan lagi...


EGO buat lelaki jadi buta hati...,

.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Email this post


3 apa kata mereka: to “
LELAKI HARUS TAHU...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM