IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

PIC KAT SEPITAL
 

Tuesday, August 10, 2010

Assalamualaikum semua,

Mungkin ramai yang sudah tahu...namun bagi mereka yang belum tahu bahawa sebelum ini saya telah menghidap kanser buah pinggang.Dan pada 10/5/2010 saya telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan salah satu buah pinggan saya di Hospital Selayang.Dan oleh sebb itu jugalah agak lama saya meninggalkan ruang blog ini....

Sama sekali tidak menduga masa yang diambil untuk sembuh sepenuhnya dai pembedahan agak lama...mungkin ramai juga yg cuba masuk keblog ini melalui link biasa...namun tidak berjaya.Beribu ampun dan maaf saya hulurkan kerana sepeninggalan saya terlepas pandang bahawa domain name saya langgan telah tamat tempoh...jadi kepada rakan rakan yang telah cuba masuk ke sini tapi tak berjaya sekali lagi saya minta maaf..insyaallah sedikit masa lagi link ke blog ini yang sudah terpasang diblog teman teman akan kembali berfungsi seperti biasa...

Pic pic yang saya paparkan di sini adalah pic semasa saya masih berada di Wad ICU Hospital Selayang. Memang ramai juga rakan rakan yang prihatin yang menalifon bertanyakan kabar Lia masa ketika ni tapi atas nasihat doktor dan keluarga terdekat Wad ni mmg tidak boleh menerima pelawat lebih dari 2 orang dlm satu satu masa...Jadi maaflah kawan kawan ye..!
Hampir 6 hari juga lia 'terdampar' kat cni...3 hari pertama KOMA...syukur alhamdulillah selepas itu berada dlm keadaan lebih stabil.

Bercerita sedikit ttg keadaan ketika sebelum pembedahan.Sebenarnya peluang Lia dalam pembedahan tu cuma 50-50 je...apa tidaknya lia ni semua sakit mcm darah tinggi dan lensing manis dah ada..dan yang paling teruk lemah jantung dah mula menyerang sejak akhir akhir ini.Jadi,sebelum pembedahan tu di lakukan..keluarga lia telah di beri kata dua...sama ada ingin teruskan..atau ingin batalkan...Namun kami pasrah aje..sbb kalau di biarkan,kesannya nya nyata dan mungkin lebih teruk...Jadi berserah je lah....

Alhamdulillah Allah masih lagi mau melihat lia menghirup udara di bumi Allah ni...setelah 5 jam pembedahan dijalankan semuanya berjaya tapi masih belum melepasi tempoh kritikal sbb lia masih KOMA....Selepas 3 hari barulah para doktor dan sanak saudara boleh sedikit menarik nafas lega sebb lia dah kembali sedar...

Inilah pembedahan tersebut...panjang lebih kurang 1 kaki dan dia tak pakai benang...dia pakai klip besi je...dia buat perut saya mcm kertas je,....heheheh..tpi alhamdulillah walaupun saya ni ada kencing manis..luka ni dapat pulih dlm masa yang dikehendaki...10 hari selepas pembedahan 'Dawai kokot' tu dah dapat ditanggalkan.. dan 3 hari selepastu dah boleh balik ke rumah..

Alhamdulillah..semuanya dah semakin baik....Saya berharap setelah saya share semua ni..Semua dapat faham keadaan saya kenapa saya menghilang hampir 5 bulan...

Dikesempatan ini sekali lagi Lia nak ucapakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBHARAK...semoga Ramadhan kali ini akan membawa rahmat buat kita semua....


Terima kasih Ya Allah kerna memberi peluang padaku untuk merasa Ramadhan sekali lagi tahun ini.....

.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Email this post


0 apa kata mereka: to “
PIC KAT SEPITAL

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM