Showing posts with label Sekeliling Kita. Show all posts
Anda boleh...
1.Membaca artikel artikel yg ada di sini.
2.Menjadi FOLLOWER blog ini.
3.VOTE dan memberi RATING pada blog ini.
4.Memberi komen pada artikel artikel yg ada di blog ini.
5.Meninggalkan pesan pada chat box di ruangan 'Lets Chat'.
6.Atau setidak tidaknya masuk ke sini untuk berhibur dgn siaran Radio Internet SERI fm kami(yang ada kalanya saya sendiri yang akan 'on-air' sebagai DJ pada pukul 10-12 malam,so...STAY TUNE!!).
Segala sokongan anda saya dahului dengan ucapan terima kasih...!
CINTA OH CINTA...
Friday, April 17, 2009
RASA cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini. Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini? Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan. Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta? Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya.
# Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.
# Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
# Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
# Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.
# Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.
# Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
# Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
# Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
# Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.
# Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
# Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.
# Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
Cintailah aku...,
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Klik kopi!
Posted in Aktivitiku, Mutiara Kata, My Quote Collections, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 1 apa kata mereka
Email this post
PERBEZAAN ILMU...BUAT KITA JADI 'MISKIN'
Saturday, January 17, 2009
Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html ) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini;
tujuh juta di Amerika,
lima juta di Asia,
dua juta di Eropah dan 100,
000 di Afrika.
Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100).
Namun, jika dicampur semua sekali,
Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran. Jadi untuk menjadi berkuasa kita harus perlengkap kan diri dengan ilmu dan kemahiran supaya kita takkan lagi dijajah dari segi mental atau fizikal.Umat Islam mampu merubahnya!
Dipetik dari artikel Utusan Malaysia, 14 Januari 2009 / 17 Muharam 1430 H.
Palestine Oh!Palestine,
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Klik kopi!
Posted in Aktivitiku, Healthy Lifestyle, My Quote Collections, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 1 apa kata mereka
Email this post
I TAGGED U!!...OPP..JGN NAK LARI!
Thursday, January 15, 2009
Okesss...setelah dah kena tagged dan dapat award sekarang tiba lah giliran lia pula nak kasi award sambil men"tagged" kan org...sapa sapa yang kena tu nasib nasib la ek..Untuk AWARD kali ni lia nama kan sebagai COLOURFUL BLOG AWARD....sebab yang kita nak bincangkan kali ini adalah tentang warna....(warna lagik..semalam kena tagged pasal warna spenda pun blum abih berpeloh lagi)tapi tak apa ,kali ni kita kasi org lain plak berpoloh...wakakakaka!
Dah tentu sebelum apa apa korang kena sebut sapa yang dah tagged korang...(bagi la kredit kat dia sikit beb!heheheh)
Mula mula paparkan AWARDnya...Tadaaa....!
Dah tentu sebelum apa apa korang kena sebut sapa yang dah tagged korang...(bagi la kredit kat dia sikit beb!heheheh)
Mula mula paparkan AWARDnya...Tadaaa....!
Pastu jawab beberapa soklan tagged ni...
1.Sebutkan 5 warna yang ada dalam blog anda.
-merah
-pink
-hijau muda
-hitam
-turqoise(entah betulke ejaan dia mcm ni!)
2.Sebutkan satu(atau lebih)warna kegemaran anda.
-maroon
-ungu
3.Sebutkan warna berus gigi(sikat gigi) dan warna tuala mandi anda.
-berus gigi warna maroon
-tuala mandi warna purple bunga bunga putih..hehehe.
1.Sebutkan 5 warna yang ada dalam blog anda.
-merah
-pink
-hijau muda
-hitam
-turqoise(entah betulke ejaan dia mcm ni!)
2.Sebutkan satu(atau lebih)warna kegemaran anda.
-maroon
-ungu
3.Sebutkan warna berus gigi(sikat gigi) dan warna tuala mandi anda.
-berus gigi warna maroon
-tuala mandi warna purple bunga bunga putih..hehehe.
5.Paparkan gambar anda yang anda rasakan paling berwarna warni.(atau yg anda perasan berwarna warni sgt pun ok!wakakaka)

1.Mister SOT,ZUL
2.Husaini
3.Nuar
4.AyieHelena
5.Wonder Dot Bla3
So sape sape yang dapat tu..kerjakan lah tagged ni leklok ek.PRIIIITTTT!!
Kamu warnai dunia cyberku,
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Klik kopi!
Posted in Aktivitiku, Mutiara Kata, My Quote Collections, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 7 apa kata mereka
Email this post
TAGGED!!....Alahai...
Wednesday, January 14, 2009
Werrkkkkkkkkk!!Seminggu selepas dapat award...tetiba kali ni kena tagged pulak. Pestaime dapat tagged ni...bepoloh gak tiak nak kerjakan tagged ni.Anyway...ucapan berbanyak terima kasih lia ucapkan kepada org yg telah men"tagged" kan lia ,iaitu Mister SOT,ZUL
(meh meh jom ramai ramai kita serang blog dia)....walau dgn penuh jerih perih
akan ku usahakan la jugak menjalan kan tagged ini sehingga berjaya...
3 perkara(yg aku tau)tentang orang yang Tagged aku.(ZUL)
(Kalau nak di ikutkan mmg tak banyak pun yang lia tau tentang zul ni..sebab baru sgt knal dia ni pun..but anyway untuk nak tau gak sikit sikit sempat gak la lia menggeledah blog dia dan kengkawan yg dekat dengan dia...heheh..kira buat penyiasatan sikit la...hehehe...)
1.Blog dia background warna hitam.(sama mcm saya)
2.Dia ni suka Chelsea
3.Dia ni sorang pensyarah yang kacak bergaya.(pergh...puji tak hengat!tapi bukan lia kata..dia sendiri yg kata ek.wakakaka!)
3 perkata tentang AKU(yg. kena tagged!)
(Rasanya kalau yg dah selalu berkunjung kat cni mmg banyak dah yg diorang tau pasal lia...nasib mintak 3 je..kalau tak mungkin sampai besok cerita tak abih...wakakakaka!)
1.Lia seorang guru sekolah rendah.
2.Tak minat bola sepak.
3.Suka minum teh'o' ais.
Saiz Pinggang: (umang aih saiz pinggang pon dia nak....nak kasik baju raya ke hape ney!!)
Saiz pinggang aku 26cm (ini saiz pinggang aku masa kiut miut baru abih belajar dulu...dia mintak saiz pinggang je kan...tak kata yg bila punya...wakakakak!nak tau pinggan aku sekarang besau mana meh jumpa org dia terus..wakakaka!)
Warna Spender:(Uwaaaa...!!Jadah ape tagged ni sampai warna spender pun nakkk!Lagi pun aku pompuan mane pakai spender...panties pakai ar...hehehe!)Secara purata hampir semuanya warna warna tanah(earth color) tapi ada gak koleksi warna hitam dan merah....
(***Untuk sahabat dr negara jiran kalau mau tau SPENDER itu adalah pakaian dalam laki laki.)
Amacam...ok ke ZUL??
Arghhhhh!nampak je pendek tagged ni..tapi kehendaknya mak aih keluar gak poloh pondan di buatnya.Haishhh!Wakakakaka!
Sekarang masanya untuk kita senaraikan pula 5 orang yang bakal lia TAGGED!
1.Sheikh
2.Pezal
3.Norma
4.Ateh
5.Along Arman
Akhirnya selesai gak kerja kerja men"tagged"aku...harap sapa sapa yg dapat tagged ni tak marah sebab kena tagged ngan tag yang pelik ni..huaahahahaha!
Tick Tagged Toe...,
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Klik kopi!
Posted in Aktivitiku, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 12 apa kata mereka
Email this post
KENALI LELAKI MELALUI ZODIAK
Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nyer: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dgn org yg disayangi nyer. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego... (jejaka leo memang gitu).
Tips utk memikat: sebagai pompuan, harus lah tunjuk kewanitaan yg selembut-lembut nyer. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai tiap2 ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn..saya ulangi..JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-banding kan dgn org lain..mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, ader kang nanti merajok, balik bilang mak.
Virgo (24 Ogos - 23 September)
Org nyer: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari pompuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn byk cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yg manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng..kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming"..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.
Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)
Org nyer: cerewet, posessive, takes tings lightly wen cums to quarrel tapi jujur dlm segala hal
Tips utk memikat: Senang aje..Libra suka pompuan yg ceria, hapy go lucky..SO be urself
WARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem nak mampos.
Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Ogr nyer: xtion serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nyer..nak bergayut pat talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi pompuan nyer dgn org lain.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio... (jgn kata guek tak kasi warning)
Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Org nyer: Fu..yoh..siapa dpt memang untung... Sagitarius org nyer hapi aje..suka (bergembira tepok tanggan sama2..la la la..) bawa partner jln2..sort of adventures
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak kluar..nenok wayang ke? kanoeing ke? anytink asal kan jgn membosan kan...
WARNING: Jgn "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.
Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Org Nyer: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluar kan merasannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda
Tips utk memikat: KOOL aje sis..nak tekel mereka bukan mudah..jgn give in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang2 putus tali..jual mahal..mahal jugak sis..jgn mahal sampai terputus tali..melepas lah kau nanti...
Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Org Nyer: Pijak semut tak mati..
Tips utk memikat: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik, glamer..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org..so sblm dia tingal kan kita..kita blah dulu
Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Org Nyer: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka macam belacan!
Aries (21 Mac - 20 April)
Org Nyer: Anak mak! smart mamat. intelligent,
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertip..bab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya
WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan pat workshop baru baik.
Taurus (21 April - 21 Mei)
Org nyer: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadan Kadang diorang suka buat kelakar sorang sorang... kesian takde orang lain layan...
Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Org nyer: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..dlm apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nyer
Tips utk memikat: Sabar aje lah..be patient. Sebagai pompuan, mengalah lah sikit..lambat laun hati nyer akan lembut jugak..Lelaki Gemini niesuka pada pompuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nyer..kalau dah tak tahan dgn mereka..blah aje jgn byk cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.
Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Org nyer: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dgn kemewahan..tetapi mereka adalah sebalik nyer..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lamer jadi masam.. kadang kadang jadi basi..
Sekadar baca dan fikirkan..tidak di saran untuk 100% mempercayai....
ALLAHUALAM...Sesungguhnya dia lah yang lebih mengetahui..
Lelaki Oh! Lelaki...,
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Klik kopi!
Posted in Aktivitiku, Laguku, Mutiara Kata, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 7 apa kata mereka
Email this post
JIWA KOSONG
kelmarin..
kau bertanya..
mengapa aku bersikap begitu..
apa yang aku rasakan..
apa yang mengocak jiwaku..
kau desak aku..
kau asak fikiranku..
membuat aku buntu..tanpa kata..
kelu tiada bicara..
semalam..
sudah aku jelaskan padamu..
apa yang ku rasa..
apa yang menggangu aku..
apa yang aku fikirkan..
hingga tanpa sedar aku menyakiti hati mu..
tidak aku bermaksud begitu..
tiada aku mahu ia berlaku..
hari ini..
ku rasa jiwaku kosong..
entah mengapa..
tiada indah yang kurasa..
tiada gembira dalam senyumku..
tiada kau di sisiku ini..
hanya kesedihan menemaniku..
juga rasa sakit yang mencengkam..
esok..
adalah hari baru buatku..
menunggu munculnya mentari hari esok..
membuat ku resah gelisah..
adakah masih ada ruang untukku..
maafkan aku..
Forgive me my love...,
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Klik kopi!
Posted in Aktivitiku, Laguku, Mutiara Kata, My Quote Collections, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 3 apa kata mereka
Email this post
KENALI LELAKI MELALUI RAMBUT MEREKA..
Monday, January 12, 2009
Hmm...ada tips bagus tentang bagai mana kita boleh kenali sifat sifat lelaki itu dr jenis rambut mereka...mungkin ada yg benar...mungkin juga tidak...walau pun ini adalah pandangan dari pada meraka yang banyak buat penyelidikan tentang kaitannya rambut dengan sifat sifat ini....Sesungguhnya ia hanyalah sebagai panduan..bukan untuk di percayai 100%.
1) RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpontisi dalam bidang kesenian.
2) RAMBUT KERENTING TEBAL- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri.tidak suka termenung,
3) RAMBUT KERENTING NEGRO- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.
4) RAMBUT IKAL MAYANG- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT- bijak, sentiasa berfikiran negetif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
8) RAMBUT TEBAL- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
10) RAMBUT BERUBAN-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri.
Lepas ni pi la tgok balak korang rambut mcm mana...heheheh...pastu ynag baru baru nak cari tu pilih la rambut dia mcm mana....hehehe...
Aku ingin fahami kamu wahai lelaki...
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Posted in Aktivitiku, Mutiara Kata, My Quote Collections, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 9 apa kata mereka
Email this post
MAKSUD DISEBALIK WARNA KERTAS
Saturday, January 10, 2009
Sedang seorang teman sibuk menulis surat untuk kekasih nya yang berada di luar negara...datang seorang teman lain dengan penuh rasa ingin tahu bertanyakan tentang warna kertas yang dia gunakan...
Ani : "Mengapa engkau menulis surat cinta dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Banyak tanyer la kamu nie, Itu namanya kertas karbon(kertas pendua) ..bodoh! "
MORAL CERITA INI:"Banyak bertanya luas pengetahuan,terlalu banyak bertanya jadi tak tentu tahunya...wakakakaka!"
Warnai duniaku dgn cintamu...
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!Klik kopi!
Posted in Aktivitiku, Laguku, Mutiara Kata, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 14 apa kata mereka
Email this post
DAPAT AWARD LAGI...
Wowwwwwww!Baru semalam dapat AWARD dari RIE21...hari ini dapat award lagi tapi kali ni dari Bang ERIK(blog Pondokku) juga seorang blogger dari negara tetangga Indonesia...
Makasih makasih makasih banget bang ERIK moga panjang umurnya dan di murahkan rezeki dan tambah sukses tahun ini.....terharu nih!
Ini dia AWARD nya....Taddaaaaa!!!!
...wah bang ERIK sepertinya tau aja yang Alia suka amat ama rama-rama...hehehe!
"For the coolest blog I ever know"......perghhhhhh!Ga nyangka blog ini di kategorikan blog yang COOL.....Uwaaaaa....terharu lagi nih!!
Alhamdulillah penganugerahan AWARD yg ini TASK nya lebih mudah...
- cuma perlu bagi bagi AWARD ini pada 5 teman lain.....
- Pasang AWARDnya di blog.
Jadi mau bagi bagi kado(hadiah) nih...Mengumumkan
Kepada 5 teman yg dah dapat AWARD selamat ya...semoga anda happy dgn pemberian AWARD ini....SUKSESSSSSSSSSSS!
Alhamdulillah...Amin..
Posted in Aktivitiku, Mutiara Kata, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 6 apa kata mereka
Email this post
7 TRUE FACTS ABOUT MAN AND WOMAN
Thursday, January 8, 2009
Hahaha..this is a good one that I think I should share with all of you 7 facts about man and woman..Hards to believe but yeah....its damned TRUE...!Dont Try to deny it..hehehe
Men:
1. All men are extremely busy.
2. Although they are so busy, they still have time for women.
3. Although they have time for women, they don't really care for them.
4. Although they don't really care for them, they always have one around.
5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.
6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the women leaves them.
7. Although the women leaves them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others.
Women:
1. The most important thing for a woman is financial security.
2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes.
3. Although they always buy expensive clothes, they said they never have something nice to wear.
4. Although they say they never have something nice to wear, they always dress beautifully.
5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "An old rag".
6. Although their clothes are always "just an old rag", they still expect you to compliment them.
7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.
Think to believe it...hehehe..
Posted in Aktivitiku, My Quote Collections, Sekeliling Kita, Tentang Aku by SWEETALIA | 10 apa kata mereka
Email this post
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih!
Post a Comment