(RECIPIE OF THE DAY 3)KEK COKLAT BASAH
Friday, March 14, 2008
Seorang teman blogger saya telah meminta saya upload kan KEK COKLAT BASAH..jadi sebagai menunaikan permintaan teman saya yg satu ni...untuk resepi kali ini saya uploadkan resepi yang di minta...harap berpuas hati...Ada banyak cara dan jenis kek coklat...tapi yg saya pilih kli ini ialah kek coklat yang paling simple...resepinya pun mudah di dapati..tapi hasilnya insyaallah puas hati...cuba lah...dan jika ada sebarang komen atau pertanyaan sila tinggal kan di komen bawah...GOOD LUCK!
Kek Coklat Basah
Bahan
180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum + 50 gm serbuk coklat +1 s/k baking powder +1 s/k soda bikarbonate (kesemuanya di ayak bersama)
Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum(yg telah di ayak bersama bahan bahan tadi) dan akhirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.
Topping Coklat :
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter
Cara Membuat Topping:
1. Masukan bahan dalam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut.
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan atas kek coklat dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kreativiti masing masing.
SELAMAT MENCUBA