IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

KELEBIHAN WARNA
 

Thursday, January 29, 2009

Setiap hari kehidupan kita di kelilingi oleh pelbagai warna warni....ada warna merah ,biru,kuning,hijau dan bermacam macam lagi...namun tahukan anda bahawa ada di antara warna warna ini dapat memberi kebaikan kepada kita .....kalau kurang percaya...cuba lihat fakta ini...

Merah
Hilangkan masalah sakit kepala

Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

Biru
Mengurangkan tekanan di tempat kerja

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

Merah jambu
Elakkan insomnia

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

Jingga
Ceriakan mood

Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

Hijau
Lenyapkan keletihan

Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Hmm..sekarang bagaimana?Pecaya tak cakap saya?

Warna warni kehidupan,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


AWAS CINTA KEDUA!
 

Monday, January 26, 2009


SETIAP insan mempunyai penghayatan berbeza tentang maksud cinta kali kedua. Tetapi ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk mengenali cinta yang datang lagi itu. Hakikatnya, cinta kedua boleh memberi ruang kepada anda untuk mengenali seseorang yang ingin dicintai lagi dengan lebih teliti.

Saat putus cinta dahulu memanglah perit untuk ditelan terutama dalam menempuh cabaran untuk memulihkan hati yang terluka. Kala itu, hati berderai bak ombak menghempas pantai, sehingga tak terdaya melawan arus lautan yang ganas.

Ketika luka lama masih terasa pedih, ada insan lain mencuri perhatian kamu untuk kali yang kedua, walaupun pada hakikatnya kamu belum bersedia menerima cinta baru di dalam hidup kamu.

Ikuti peraturan penting yang perlu dipatuhi saat kamu ingin bercinta lagi, agar diri kamu tidak teraniaya di dalam kancah percintaan. Jangan pula menyalahkan diri sendiri sekiranya kamu menerima cinta baru, walaupun dia lebih baik berbanding bekas kekasih yang dianggap hipokrit.

Dalam menjalin hubungan cinta kedua, jangan sesekali menyamakan dia dengan bekas kekasih yang telah memusnahkan kepercayaan kamu. Ingat, walaupun kamu tergila-gilakan teman baru, jangan terburu-buru menyerahkan seluruh hatimu kepadanya.

Oleh itu, sebelum menjalin hubungan baru, perhatikan beberapa kategori lelaki yang layak bertakhta di hatimu. Sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat kamu untuk menyintainya dan berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Berikut, perkara yang perlu kamu beri perhatian sebelum menerima cinta baru.

1. Teman hidup baru

* Cara mengenalinya:
Belum apa-apa lagi, dia sudah menceritakan tentang sikap curang kekasihnya dahulu dengan lelaki lain. Dia seolah-olah meminta simpati daripada kamu. Malah, dia mengatakan tidak sabar untuk mendengar cerita mengenai putusnya hubungan kamu dengan bekas kekasih. Sikap ini menunjukkan dia seorang yang pemarah.

* Mengapa dia menggoda:
Kamu berhadapan dengan musuh yang sama iaitu dia menyerupai bekas kekasihmu yang dulu. Dari segi sikap 'panas' si dia, itu akan membuatkan kamu berasa 'bersimpati' terhadapnya.

* Tinggalkan:
Teman baru kamu (yang juga baru putus hubungan) selalunya akan menyalahkan bekas kekasihnya. Dia tidak sesekali memberitahu keburukan dirinya kepada kamu, takut kamu menolak cintanya bulat-bulat. Kebiasaannya, dia adalah orang yang paling bermasalah dalam perhubungan dan belum bersedia untuk menjalin hubungan baru.

2. Sahabat dan bekas kekasih

* Cara mengenalinya:
Dia tidak tertarik mengenai perbicaraan lain kecuali membicarakan hal berkaitan bekas kekasihnya.

* Mengapa dia menggoda:
Sudah jelas terbukti dia inginkan kamu memberi kuasa peralihan atau tumpuan kepada dirinya.

* Hindari:
Tetap menjaga hubungan baik dengan sahabat, tentu tiada salahnya. Tetapi, apabila dia selalu berbicara mengenai bekas kekasihnya, seolah-olah tiada insan yang lebih sempurna berbanding kekasihnya dulu. Ini bererti, dia masih mencintai dan masih ingin kembali kepada kekasihnya yang dahulu. Tinggalkan sahaja dia.

3. Jenis berpengalaman

* Cara mengenalinya:

Dia seorang yang tertutup, memakai sepatu mahal, sentiasa ingin tampil rapi dan selalu menghindari perbincangan bersifat peribadi.

* Mengapa dia menggoda:
Seperti permainan tenis, jika kamu seorang pemain profesional berganding dengan pemain yang tidak pengalaman, kamu akan merasakan seolah-olah berada di peringkat baru hendak belajar. Demikianlah juga halnya dengan lelaki berpengalaman. Ini bermaksud, dia pandai membuatkan kamu berasa nyaman, relaks dan aman.

"Dikecewakan" is my middle name,


KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


MOGA TAK ADA LAGI YG TERTINGGAL..
 


Sebelum menulis panjang terlebih dahulu ingin saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada rakan rakan yang beragama buddha...dan bagi yang bukan beragama buddha selamat bercuti dan sama sama meraikannya dalam suasana yang harmoni dan muhibbah.

Seterusnya kita masuk ke cerita sebenar posting kali ini.Jika sebelum ini sesiapa yang ingin membuat link exchange hanya menyuarakan minat mereka di SHOUT BOX,tetapi sekarang mereka boleh memasukkan terus data mereka di Borang LINK ME UP di atas.Dengan cara ini data anda akan saya terima dgn lebih mudah dan teratur...tanpa ada seorang pun yang tertinggal.

Kalau sebelum ini mungkin ada yang terasa atau berjauh hati kerana blog mereka tidak di link kan di sini.....Terus terang lia katakan bukan tak mahu...tapi mungkin terlepas pandang akibat daripada kelemahan fungsi SHOUT BOX itu sendiri. Jadi mulai dari saat ini saya berharap tidak ada lagi yang akan tertinggal selepas ini.Saya gembira dan berbesar hati jika anda berminat untuk bertukar link di sini.Feels free to fill up the form and I will link u back as soon as possible.And dont forget to link me back ...DEAL!

Terima kasih daun keladi,

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


IDEA BERNAS:KAEDAH MENAMBAH PENGUNJUNG
 

Saturday, January 24, 2009


Tertarik dengan satu kaedah yang didedahkan oleh seorang kawan(rie21) tentang bagaimana untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda.Secara praktikalnya kaedah ini memang bagus kerna kaedah yang di gunakan adalah .kaedah "sama bantu sama merasa faedahnya".Cuma apa yang saya lihat hasil penerangan dan pendekatan yang di pakai tu kurang efektif dan sukar di fahami....

Secara basic..kaedah ini hampir serupa dengan kaedah "kutu rakyat" dan "surat berantai"..yang bezanya kali ni surat berantai ini tak melibatkan wang ringgit dan tidak melibatkan penyebaran bahan bahan yang kurang sihat.Yang kita perlukan hanya sedikit ruang waktu yang perlu di korbankan untuk pergi melawat ke blog teman teman anda...mudah bukan?dan sudah pasti blog anda nanti akan di kunjungi oleh berduyun duyun blogger lain...masih kurang faham??Begini caranya....

Langkah 1
Dibawah ini terdapat link 10 rakan blogger kita(jangan lupa untuk masukkan hyperlinknya supaya mudah diekses).Anda di kehendaki untuk masuk ke SETIAP blog yang tersenarai sengan meninggalkan komen di posting mereka sebagai BUKTI anda telah pun kesana...

LINK LIST:
1.http://www.sweetalia.com
2.http://thecellphonelist.blogspot.com/
3.http://21hotbiker.blogspot.com/
4.http://speechyourm1nd.blogspot.com/
5.http://endonefree.blogspot.com/
6.http://onestopshopping-cikarang.blogspot.com/
7.http://artiirhamna.blogspot.com/
8.http://blognyaopa.blogspot.com/
9.http://bunda-daffa.blogspot.com/
10.http://www.eryu3.co.cc/

Langkah 2
Setelah anda selesai melakukan langkah 1 diatas(anda diminta jujur pada diri sendiri kerana Tuhan melihat apa yg anda lakukan)....Masukkan link blog anda di NO.1...dan padam(delete) link yang berada di tempat KE.10.(Sebagai contoh seperti di bawah ini)

LINK LIST:
1.MASUKKAN LINK ANDA DI SINI
2.http://www.sweetalia.com
3.http://thecellphonelist.blogspot.com/
4.http://21hotbiker.blogspot.com/
5.http://speechyourm1nd.blogspot.com/
6.http://endonefree.blogspot.com/
7.http://onestopshopping-cikarang.blogspot.com/
8.http://artiirhamna.blogspot.com/
9.http://blognyaopa.blogspot.com/
10.http://bunda-daffa.blogspot.com/


(**Setelah selesai anda menjalankan Langkah 1...anda letakkan link anda di tempat NO.1 dan buangkan link yang berada di No.10 di senarai asal(dilangkah 1).Anda juga perlu lakukan yg sama)

Langkah 3:
Sebarkan lah link yang telah anda edit(dgn link anda di tempat No.1)kepada 10 orang rakan blogger anda.

Bagaimanakah cara ini boleh memberi hasil??
10 blogger akan sebarkan kepada 10 blogger lain...dan begitulah seterusnya.... jadi...
10 X 10 X 10 X 10 X 10 X 10 X 10...dan begitulah seterusnya jadi bayangkanlah berapa ramaikah pengunjung yang akan melawati blog anda selepas ini...

PERINGATAN:
-Yang perlu anda edarkan pada teman teman adalah LINK LIST yang berada di LANGKAH 2(yg telah anda edit)bukan LINK LIST di LANGKAH 1
-Jangan merasa terbeban apa bila anda hanya diminta untuk berkunjung ke 10 blog di atas, kerana sebagai ganjaran blog anda pula akan di kunjungi selepas link anda berada dalam senarai.
-Ingat!Setiap kunjungan anda ke blog itu di MESTIKAN untuk meninggalkan KOMEN sebagai BUKTI anda telah pun ke sana.
-Jangan sesekali memutuskan rantaian ini dengan tidak melakukan langkah langkah di atas kerana yang akan rugi hanya anda sendiri...

Selamat Mencuba...Moga sama sama berjaya!


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


DAPAT AWARD LAGI...
 

Terlebih dahulu ingin saya ucapkan terima kasih pada SHOGUMI yang telah menganugerah kan Award ini kepada saya.....Setelah di lihat alhamdulillah takde pulak tagged yang perlu di kerjakan...hehehe nasib baik...

Paling mudah award ini di berikan pada blogger yang blog mereka mempunyai tampilan background warna hitam....Jadi pada mereka yang mempunyai tampilan background warna hitam,..nantikan lah untuk menerima award ini....

Terima Kasih Daun Keladi,



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


BILA MANA SANG LELAKI MENANGIS....
 

Friday, January 23, 2009

Benarkah air mata seorang lelaki begitu menguji keegoan dan sifat kelelakian mereka?

MELIHAT seorang wanita menangis, mungkin pemandangan kita terlalu biasan dan menganggap dia terlalu sensitif. Tetapi, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang terkenal dengan sifat gagahnya meraung disebabkan keegoannya dicabar? Atau menangis meratapi perpisahan dengan pasangannya?

Peristiwa yang jarang sekali berlaku. Ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka dididik menjadi seorang yang pintar ketika menahan kesakitan, keperitan dan mengendalikan emosi.

Benarkah setitis air mata yang mengalir ke pipinya membuatkan diri rasa tercabar? Namun, tidak semua lelaki berhati 'batu' dan gentar. Manakala sebahagian daripada mereka menganggap, kesedihan yang melanda ke atas diri sehingga tidak terdaya menampung air mata mampu merungkai emosi seorang jejaka.

Begitu juga dengan kamu, dia tidak dapat menahan kesedihan di saat kamu gagal memenuhi segala janji dan kemahuannya. Justeru dengan mudah, dia menitiskan air mata kala hal buruk menimpa dirinya, walaupun berlaku berulang kali.

Mengapa lelaki begitu mudah meluahkan emosinya menerusi air mata? Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan mereka menjadi sensitif, lalu dengan pantas mengalirkan air mata.

1. Pola asuhan

Nilai dan cara hidup seseorang dibesarkan adalah sangat berpengaruh kepada suatu keperibadian. Seseorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terlalu memanjakan anak-anaknya akan membuat peribadi lelaki menjadi seorang yang manja dan sulit menerima situasi yang tidak menguntungkan dirinya.

Dia acap kali berasa cepat sedih dan marah tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Begitu juga dengan seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang dan ikatan emosional yang sangat kental. Dia mudah menitiskan air mata saat mengenangkan emosinya yang terlalu dihimpit perasaan duka.

2. Budaya

Unsur budaya juga amat berpengaruh terhadap keperibadian seseorang. Dalam budaya hari ini, posisi lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Maknanya, kebanyakan perempuan seharusnya tunduk kepada kaum lelaki. Anggapan bahawa lelaki berhak menguasai perempuan inilah yang terkadang membuat lelaki cepat menangis, saat dia berasa diancam oleh seorang perempuan yang memiliki kemampuan yang melebihi dirinya.

3. Hormon

Pada dasarnya, komposisi hormon dalam tubuh akan membentuk sebuah pola perasaan tertentu. Jadi, tingkah laku sensitif lelaki akan dilatar belakangkan pola yang dibentuk oleh hormon tersebut. Biasanya, peribadi yang berpotensi menampilkan perilaku sensitif adalah mereka yang memiliki pola sensitif. Cepat menangis adalah salah satu bentuk ketidakpuasan yang bersifat pasif.

Berhadapan dengan lelaki yang bersifat sensitif, sememangnya bukan suatu hal yang mudah. Kamu tidak boleh terlalu keras atau terlalu menurut segala kemahuannya. Cuba lakukan beberapa langkah di bawah untuk berhadapan dengan lelaki seperti ini.

* Bersikap tegas

Usah ragu untuk bersikap tegas apabila si dia sering bersedih. Kamu perlu berterus-terang kepadanya, bahawa kamu tidak suka dengan kebiasaannya itu. Mintalah dia untuk menyampaikan dan menjelaskan apa yang tidak diingininya. Ajak si dia menyelesaikan masalah secara berkompromi. Jangan biarkan si dia diam dan pergi saat masalah belum selesai. Ini akan membuat dia selalu mengulangi tingkahlaku seperti itu, atau akan menjadikan sikap sedih sebagai senjata menutupi kesalahannya.

* Contohi tingkah laku

Sekiranya selalu bersedih, fenomena tersebut boleh menjadikan rutin dalam kehidupan sehariannya. Sesekali cubalah kamu melakukan hal yang sama. Apabila dia bertanyakan masalah kamu, inilah kesempatan terbaik untuk kamu menjelaskan kepadanya tentang suasana kurang nyaman saat memiliki pasangan yang terlalu sensitif.

Salah tutur kata mampu membuatkan si dia terdiam lantaran akan tersinggung. Cubalah jelaskan kepadanya bahawa kebiasaannya tersebut mampu merosakkan komunikasi dalam sebuah perhubungan kamu berdua.

* Beri pujian

Alasan si dia sensitif kerana dia merasakan kurang kepercayaan diri menghadapi segala kelebihan yang kamu peroleh, adalah jarang sekali berlaku. Apabila alasan ini menjadi penyebab atas sikap sensitifnya itu, tidak salah kamu cuba memujinya setiap hari. Ini membuat dirinya berasa dihormati dan sentiasa diperlukan


Menangis kerana bersyukur...



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


KENAPA BILA CIKGU YG BUAT...SEMUA JADI SALAH!
 

Thursday, January 22, 2009


Dengar pada judul posting lia pada kali ni ..mungkin ramai yang dah dapat mengagak apakah isi kandungan yang akan lia ketengahkan kali ini...Sekadar melahirkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang meletak kan beban kesalahan yang amat berat pada warga pendidik hanya kerana dia menjadi dirinya sendiri....

Kenapa bila sesuatu perkara itu, jika yang melakukannya adalah seorang guru kita akan nampak seperti kesalahan tu terlalu besar...tapi kalau di lakukan oleh orang lain...biasa je pun...

Contohnya....

- Cikgu terlibat dalam bidang hiburan dan nyanyian...

- Cikgu bersosial...

- Cikgu terlibat dalam blogging dan internet....(main tenet kata org sekarang.)

- Cikgu terlibat dalam bisnes...

- Cikgu kurang tau dalam sesuatu hal...(aik ko cikgu takkan ko tak tau?...kata kata paling sinis yang membakar telinga!)


Kalau org lain buat...semuanya ok..kalau cikgu buat semuanya salah...Give us a break...k! Kami warga pendidik ni pun manusia macam semua orang jugak.Punya naluri...punya keinginan dan punya minat mcm org lain....Guru hanya sebagai kerjaya...Diluar sekolah kami mau jadi diri kami dan buat apa yang kami minat dan suka...jgn hanya "label" yang kami pakai buat kami seolah olah terkongkong untuk mengekspresi apa yang sebenarnya ada dalam diri....

Saya tau guru itu ibarat role-model pada masyarakat tapi perlu diingat kami bukan malaikat....
Didalam sekolah kami mmg guru yang beretika dan menjalankan tanggung jawap sebagai role model sepenuhnya...tapi di luar waktu kerja berilah kami sedikit ruang untuk menjadi diri kami sendiri.....Jangan terlalu mudah nampak kesalahan seorang guru dan menuding kepadanya memberitahu dunia akan salahnya...sedangkan diluar sana ada berjuta org org yg bukan guru buat kesilapan yang sama tapi tak ada sesiapa pun yang ambil pusing....Hanya kerana dia seorang guru...setiap tindak tanduknya jadi perhatian dan di adili masyarakat....Adilkah begitu??

-Bila guru gementar di depan majlis.....suara sumbang akan kata begini"apalah...cikgu pun gugup ke kat depan majlis?"...knapa tidak cikgu pun ada jugak Allah kurniakan dgn darah gemuruh...dia selalu mengajar kat depan murid je...bukan kat depan majlis khas.

-Bila guru tak tau berbahasa Arab...suara sumbang akan kata begini"mcm mana ni cikgu... bahasa arab pun tak tau...mcm mana nak ajar anak anak kami?"...yang pegi cakap arab kat cikgu Bahasa Inggeris tu buat ape...kang aku cakap bangang kang marah....dah itu bukan bidang dia ..mmg la dia tak tau....

- Bila guru tak paham tentang sesuatu...suara sumbang akan kata mcm ni.."aik mcm mana ni...cikgu pun tak tau ke nak buat benda ni?"....kami cikgu.. bukan BERNAMA yang nak tau tentang semua hal dunia dalam satu masa....kami juga bukan komputer yang dgn sekali klik boleh dapat semua maklumat...kami org biasa sama seperti kamu,...kamu...dan kamu...bidang yang kami arif...kami tahu....tapi banyak juga yang kami tak tahu....jadi jgn anggap dia guru...dia semua pun tau...salah tu...

Kami sentiasa sedaya upaya akan memperbaiki diri kami tapi tolonglah jangan dengan sengaja mencari cari kesalahan kami....sebab kalau di cari....mmg akan kelihatan salahnya sebab kami bukannya sempurna....

Sempurna di mata sendiri,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


GAME TIME IS COMING BACK!!
 

Monday, January 19, 2009

Sekadar gambar hiasan...

Semasa awal penglibatan Lia dalam dunia blogging dulu lia banyak Upload simple game dalam blog ni...Tadi masa tgok balik posting posting lama tergerak pulak nak tgok balik GAME GAME ni.Pastu masa main dok gelak sorang sorang...yang lucu pun ada...yang best pun ada...dah lama tak main game tu terasa skill dah kurang..game bangang pun leh kalah....wakakakakaka...!Align Center

So untuk posting kali ni..Lia nak ajak korang main game sambil flashback balik isi kandungan blog ni dulu dulu.....

GAME 1:Game Helikopter

GAME 2:Game Monkey Mongok(wakakakaka!Try la kalau berani)

GAME 3:Game Tomoi(Muay Thai)

GAME 4:Game Batman

Rasanya cukup la 4 dulu....cuba la ek....sesaja je untuk isi masa lapang....dulu dulu lia mmg addicted game game simple mcm ni...game yg xstream tu kurang minat...heheheh.Selamat Mencuba dan have fun!!


Game Over...,



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


BERAMAL DGN 1 KLIK
 

Sunday, January 18, 2009

Kalau anda sering ke sini tentu anda sedar yang di side bar sebelah kanan tu ada sesuatu yang baru berbeza dari biasa.Ya..itulah "PROJEK TABUNG AYAM 3".
Pada sesiapa yang dah tahu ini bukan lah sesuatu yang baru.Ini sebenarnya usaha murni salah seorang blogger otai kita iaitu
Encik Joebangla .Dengan ada nya org org yang pemurah mcm dia ni secara tak langsung kita pun turut sama beramal....

Projek Tabung Ayam


Bangaimana kah projek tabung ayam ini berfungsi...?
Sebenarnya mudah saja....dia cuma perlukan anda pergi ke blognya.Jumlah hits ke blognya itu akan di convert ke dalam nilai wang untuk di dermakan pada insan yang memerlukan.Mudah bukan...Sebagai contoh jika bulan itu jumlah pengunjung (di hitung berpandukan hit counter yg di reset setiaap bulan)ke blognya ada lah 1000....satu klik sama dgn 1 sen Malaysia...jadi kalau 1000 bersamaan dengan 1000 sen Malaysia(1000 sen Malayisa=RM10.00) jadi sebanyak RM10.00 itu lah dia akan menderma kepada org org atau badan badan kebajikan yang memerlukan.

Opp..opp...jangan keliru....

-ini bukan mcm iklan google adsense di mana tuan punya blog akan di bayar setiap kali kita klik.

-kita tak perlu keluarkan duit walau sesen pun untuk masuk ke blog tu.

-tak melibatkan duit poket org lain pun...yg terlibat cuma duit tuan punya blog tu.

-tugas kita cuma masuk dan lihat lihat blog tu sekadar untuk menaikkan jumlah hits(jumlah pengunjung)ke blog itu kerana jumlah itu lah yg akan menjadi penentu jumlah derma yg akan di salurkan.

-kalau sekadar masuk dan lihat lihat untuk menaikkan hits...bukan susah sgt pun....sehari 14 kali pun boleh...

Senang cakap mcm ni je la....

-Dia ni nak beramal tapi tak tau jumlah berapa yang patut dia dermakan ...

-jadi,dia jadikan jumlah hits(jumlah pengunjung)ke blog nya setiap bulan untuk dapatkan satu figure(jumlah) untuk dia beramal.

-bila dia dah dapat kan jumlah tu...dia akan tukarkan jumlah tu dalam bentuk wang ringgit(dari duit dia sendiri pun)untuk di dermakan pada pihak pihak yang akan di bincangkan....(rujukan nama badan yg telah mendapat derma ada tertera di blognya,untuk Projek Tabung Ayam 1 dan 2)

-secara tak langsung kita pun dah bantu dia untuk menjalankan amal itu...

So apa korang nak takut...klik je dan masuk ke blog dia..biar jumlah hits dia meningkat...makin banyak la dia akan menderma sebab itu mmg dah jadi niat dia...

p/s:tak payah la nak runsingkan kepala nak tanya dari mana dia dapat duit...atau kemana duit tu pegi...duit tu bukan duit kita pun..duit dia sendiri...dan kalau dia tak buat sebagai mana yg dia janjikan..itu adalah antara dia dgn Allah....kita cuma bagi sokongan pada dia untuk dia jalani misi ini dan menaikkan hits..itu saja...

Tak banyak tanya bila bab derma,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!


KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


NYANYI NYANYI!
 

Saturday, January 17, 2009

Hmmm..sesapa yang dah lama knal lia ni mungkin dah sedia maklum yang lia ni mmg suka sangat nyanyi...kira hobi masa lapang la gtu...sore tak sedap mana pun tapi tak pedulik sbb itu dah kita punya hobi..suke hati mak bapak sepupu tunggal bin tunggul lia la ...lia nak nyanyi jugak..wakakakaka.

So tadik lia dah upload kan satu lagi vid baru kat YOUTUBE...sebenarnya projek tu dah lama..kira kira 2 bulan gak la terbengkalai...mula mula yg the other party tu yg bz...pastu bila dtg bab aku punya part pulak ..lia pulak bz sebab baru buka sekolah...tapi akhirnya berjaya jugak la projek tu di siap kan....Nak tau pojek apa??

Klik video ni...tadaaaaaaaaaaa!!!

Sebenarnya ni projek duet dgn seorang rakan yang lia knal juga melalui youtube....pecaya atau tidak dunia cyber sekarang sememangnya dunia tanpa batasan...tak penah jumpa 4 mata pun leh bikin lagu duet...tak payah nak tunggu jumpa kat koke!wakakakaka!

Kalau ade sumbang sumbing sesikit...maap maapkan la..kita ni penyanyi amatur bukan pro..nak yg sedap kita dgr CD la okek!So ni sekadar pojek syok sendiri setelah memasing teruja dgn sore masing masing...so kami pun berduet lah...jgn gossip SCANDLE lia ngan dia sudah....dia tu muda lagi tu....jauh mudanya...Baik budanya berbudi bahasa.Nama dia Reaus ,orang Singapura tapi tinggal kat Johor.(Reaus akak pomot ko ni!)sapa sapa adik adik pempuan yg lalu lalang kat sini kalau ada yg bekenan...boleh wat pesanan...wakakakak!Yang gambo berdua tu jgn terpedaya...teknologi semata mata...wakakakak!

Ok ..untuk video yang kedua Vid lia nyanyi dan buat rakaman live....sampai nak terkincit haku di buatnya nyanyi lagu misha omar yg tinggi key sampai melangit...wakakakaka!So enjoy lah ek..kalau nak tgok vid vid yang lelain..boleh datang ke sini.. http://www.youtube.com/sweetalia



So ...lepas ni ada sapa sapa tak nak duet lagi ngan lia...meh meh kita wat pojek baru...hehehe!Zul ke(mister SOT)....budi ke(Budiawan Hutasoit) ayo dong nyanyi bareng....wahahaha!


Nyanyi nyanyi lalala,



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!







KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


PERBEZAAN ILMU...BUAT KITA JADI 'MISKIN'
 



Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html ) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini;
tujuh juta di Amerika,
lima juta di Asia,
dua juta di Eropah dan 100,
000 di Afrika.
Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100).
Namun, jika dicampur semua sekali,
Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran. Jadi untuk menjadi berkuasa kita harus perlengkap kan diri dengan ilmu dan kemahiran supaya kita takkan lagi dijajah dari segi mental atau fizikal.Umat Islam mampu merubahnya!

Dipetik dari artikel Utusan Malaysia, 14 Januari 2009 / 17 Muharam 1430 H.

Palestine Oh!Palestine,






Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


KURANG SIHAT...
 

Friday, January 16, 2009


Mohon maaf malam ni lia rasa kurang sihat...macam nak demam dan flu...mungkin akan tidur awal dan tak leh nak monitor blog ini for the next 24 hours...so for my guess yg masuk ke sini ..just make yourself at home...tinggalkan komen atau shout..
kedatangan anda sentiasa saya alu alu kan
....Lia sayang kamu semua...Mwaahhhhhh!!

Aku pergi takkan lama,

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


JADI PASANGAN YG BAIK??MCM MANA??
 


Bila anda pernah mengalami putusnya hubungan cinta, dan memikirkan serta menanyakan apa sebenarnya yang telah terjadi , biasanya lebih mudah untuk mengenali kesalahan pasangan anda, tetapi akan lebih sulit untuk menentukan apakah anda sendiri yang berbuat salah atas putusnya hubungan tersebut. Semua orang umumnya akan berbuat yang terbaik atas apa yang dilakukannya. Menjadi pasangan yang baik juga merupakan suatu keharusan. Dibawah ini terdapat beberapa tip untuk menjadi pasangan yang lebih baik... .

-Beriman-
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

-Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu-
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar2 menjadi pasangan yang tidak sepadan.

-Romantis-
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

-Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda-
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

-Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi- Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan... ..??

-Jangan merendahkan pasangan anda-
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

-Jangan memberi janji yang anda tidak bisa penuhi-

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?


-Usahakan untuk selalu berada disisinya-

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup... .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka... .


-Komunikasi-

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.


-Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda-

Cukup jelas...
Hormati pasangan anda Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

-Jujurlah selalu-

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Jujurlah padaku syg..,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


I TAGGED U!!...OPP..JGN NAK LARI!
 

Thursday, January 15, 2009

Okesss...setelah dah kena tagged dan dapat award sekarang tiba lah giliran lia pula nak kasi award sambil men"tagged" kan org...sapa sapa yang kena tu nasib nasib la ek..Untuk AWARD kali ni lia nama kan sebagai COLOURFUL BLOG AWARD....sebab yang kita nak bincangkan kali ini adalah tentang warna....(warna lagik..semalam kena tagged pasal warna spenda pun blum abih berpeloh lagi)tapi tak apa ,kali ni kita kasi org lain plak berpoloh...wakakakaka!Hi5 Emoticon

Dah tentu sebelum apa apa korang kena sebut sapa yang dah tagged korang...(bagi la kredit kat dia sikit beb!heheheh)
Mula mula paparkan AWARDnya...Tadaaa....!

Colourfull Award

Pastu jawab beberapa soklan tagged ni...

1.Sebutkan 5 warna yang ada dalam blog anda.
-merah
-pink
-hijau muda
-hitam
-turqoise(entah betulke ejaan dia mcm ni!)

2.Sebutkan satu(atau lebih)warna kegemaran anda.
-maroon
-ungu

3.Sebutkan warna berus gigi(sikat gigi) dan warna tuala mandi anda.
-berus gigi warna maroon
-tuala mandi warna purple bunga bunga putih..hehehe.

4.Paparkan gambar org yang men"tagg" anda.(**Sekadar gambar hiasan.Dah lia yang mulakan tagged ni so suka hati mak bapak dua pupu tiga lapis lia la nak bubuh pic sapa pun kat cni...wakakakaka!)

5.Paparkan gambar anda yang anda rasakan paling berwarna warni.(atau yg anda perasan berwarna warni sgt pun ok!wakakaka)Hi5 Emoticon

Sesudah itu...sebarkan lah tagged anda itu ke 5 orang rakan yang lain.....Jeng jeng jeng mari kita lihat siapa yang kena...Hi5 Emoticon

1.Mister SOT,ZUL
2.Husaini
3.Nuar
4.AyieHelena
5.Wonder Dot Bla3

So sape sape yang dapat tu..kerjakan lah tagged ni leklok ek.PRIIIITTTT!!Hi5 EmoticonJgn cuba nak lari.hehehe..dah siap kasi tau lia..kita nak g melawat...ehem ehem....Hi5 Emoticon

Kamu warnai dunia cyberku,



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


TAGGED!!....Alahai...
 

Wednesday, January 14, 2009

Werrkkkkkkkkk!!Hi5 EmoticonSeminggu selepas dapat award...tetiba kali ni kena tagged pulak. Pestaime dapat tagged ni...bepoloh gak tiak nak kerjakan tagged ni.Anyway...ucapan berbanyak terima kasih lia ucapkan kepada org yg telah men"tagged" kan lia ,iaitu Mister SOT,ZULHi5 Emoticon(meh meh jom ramai ramai kita serang blog dia)....walau dgn penuh jerih perihHi5 Emoticon akan ku usahakan la jugak menjalan kan tagged ini sehingga berjaya...

3 perkara(yg aku tau)tentang orang yang Tagged aku.(ZUL)

(Kalau nak di ikutkan mmg tak banyak pun yang lia tau tentang zul ni..sebab baru sgt knal dia ni pun..but anyway untuk nak tau gak sikit sikit sempat gak la lia menggeledah blog diaHi5 Emoticon dan kengkawan yg dekat dengan dia...heheh..kira buat penyiasatan sikit la...hehehe...)

1.Blog dia background warna hitam.(sama mcm saya)
2.Dia ni suka Chelsea
3.Dia ni sorang pensyarah yang kacak bergaya.(pergh...puji tak hengat!tapi bukan lia kata..dia sendiri yg kata ek.wakakaka!)

3 perkata tentang AKU(yg. kena tagged!)

(Rasanya kalau yg dah selalu berkunjung kat cni mmg banyak dah yg diorang tau pasal lia...nasib mintak 3 je..kalau tak mungkin sampai besok cerita tak abihHi5 Emoticon...wakakakaka!)

1.Lia seorang guru sekolah rendah.
2.Tak minat bola sepak.
3.Suka minum teh'o' ais.

Saiz Pinggang: (umang aih saiz pinggang pon dia nak....nak kasik baju raya ke hape ney!!)
Saiz pinggang aku 26cm (ini saiz pinggang aku masa kiut miut baru abih belajar dulu...dia mintak saiz pinggang je kan...tak kata yg bila punya...wakakakak!nak tau pinggan aku sekarang besau mana meh jumpa org dia terus..wakakaka!)Hi5 Emoticon
Warna Spender:(Uwaaaa...!!Hi5 EmoticonJadah ape tagged ni sampai warna spender pun nakkk!Lagi pun aku pompuan mane pakai spender...panties pakai ar...hehehe!)Secara purata hampir semuanya warna warna tanah(earth color) tapi ada gak koleksi warna hitam dan merah....Hi5 Emoticon
(***Untuk sahabat dr negara jiran kalau mau tau SPENDER itu adalah pakaian dalam laki laki.)

Amacam...ok ke ZUL??Hi5 Emoticon

Arghhhhh!nampak je pendek tagged ni..tapi kehendaknya mak aih keluar gak poloh pondan di buatnya.Haishhh!Wakakakaka!

Sekarang masanya untuk kita senaraikan pula 5 orang yang bakal lia TAGGED!

1.Sheikh
2.Pezal
3.Norma
4.Ateh
5.Along Arman

Akhirnya selesai gak kerja kerja men"tagged"aku...harap sapa sapa yg dapat tagged ni tak marah sebab kena tagged ngan tag yang pelik ni..huaahahahaha!

Tick Tagged Toe...,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM