KELEBIHAN WARNA
Thursday, January 29, 2009
Setiap hari kehidupan kita di kelilingi oleh pelbagai warna warni....ada warna merah ,biru,kuning,hijau dan bermacam macam lagi...namun tahukan anda bahawa ada di antara warna warna ini dapat memberi kebaikan kepada kita .....kalau kurang percaya...cuba lihat fakta ini...
Hilangkan masalah sakit kepala
Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin
Biru
Mengurangkan tekanan di tempat kerja
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang
Merah jambu
Elakkan insomnia
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!
Jingga
Ceriakan mood
Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.
Hijau
Lenyapkan keletihan
Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.
Hmm..sekarang bagaimana?Pecaya tak cakap saya?
Warna warni kehidupan,
"RATING"
pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!
Klik kopi!
January 31, 2009 at 8:11 AM
memang warna akan mempengaruhi kita. contoh kalau baju dengan warna yg kite suker, sudah pasti kite bersemangat nak kerja...
lia..jgn lupe amik AWARD as Interesting Blog 2009 dr blog hamba ok...mesti amik...
February 2, 2009 at 9:28 PM
good posting..
akan cuba dipraktikkan..
February 6, 2009 at 1:43 PM
thanks for sharing...
February 27, 2009 at 12:12 AM
Lagi jatuh cinta ya..???