IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

JEMPUTAN KE MAJLIS TADARUZ
 

Tuesday, August 10, 2010


Assalamualaikum semua,

Kalau tak ada apa apa esok insyaallah kita semua akan berpuasa...Alhamdulillah pada ptg tadi saya telah menerima Jemputan Ke Majlis Tadaruz untuk rakan rakan Yahoo Mesengger.... sekiranya anda belum pernah mendengar konsep tadaruz seumpama ini elok lah anda mencuba....Caranya mudah saje...log in Yahoo Mesengger anda sekiranya anda mempunyai ID...dan butiran seterusnya adalah seperti di bawah....Lebih ramai lebih berkat....Suka diingat kan..ini adalah majlis ilmu moga tidak dicemari dgn perkara perkara yg tidak diingini....

“SALAM RAMADHAN AL MUBARAAK KEPADA SEMUA KAWAN2 CHATTERS YANG DISAYANGI”
Sempena bulan yang penuh borakah ini saya menjemput kawan2 semua untuk sama2 menjayakan MAJLIS TADARUS AL QURAN saperti yang kita buat ditahun2 yang lepas:

Tarikh Mula : 11hb Ogos,2010.(setiap malam)
Masa : 10 pm.
Medium : YM ( yahoo messenger ).
Tempat : Chat Room Dadra:2.
Tarikh Majlis Khatam Al Quran : Malam 27 puasa.

Semoga amalan SAUM kita pada tahun ini diberkati dan dapat mendekatkan diri kita semua pada Allah SWT. Amin….
“ PUASA ITU UNTUKKU DAN AKULAH YANG AKAN MEMBALASNYA”
Firman Allah dalam Hadis Qudsi

Kalau sebelum ini kita sering gunakan Chat ROOM Yahoo Mesengger untuk bual bual kosong saja....apalah salahnya sempena bulan RAMADHAN ini kita gunakan ianya secara sebaik mungkin supaya sama sama mendapat berkat darinya...

Semoga Allah memberkati majlis ini....Amin

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


PIC KAT SEPITAL
 

Assalamualaikum semua,

Mungkin ramai yang sudah tahu...namun bagi mereka yang belum tahu bahawa sebelum ini saya telah menghidap kanser buah pinggang.Dan pada 10/5/2010 saya telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan salah satu buah pinggan saya di Hospital Selayang.Dan oleh sebb itu jugalah agak lama saya meninggalkan ruang blog ini....

Sama sekali tidak menduga masa yang diambil untuk sembuh sepenuhnya dai pembedahan agak lama...mungkin ramai juga yg cuba masuk keblog ini melalui link biasa...namun tidak berjaya.Beribu ampun dan maaf saya hulurkan kerana sepeninggalan saya terlepas pandang bahawa domain name saya langgan telah tamat tempoh...jadi kepada rakan rakan yang telah cuba masuk ke sini tapi tak berjaya sekali lagi saya minta maaf..insyaallah sedikit masa lagi link ke blog ini yang sudah terpasang diblog teman teman akan kembali berfungsi seperti biasa...

Pic pic yang saya paparkan di sini adalah pic semasa saya masih berada di Wad ICU Hospital Selayang. Memang ramai juga rakan rakan yang prihatin yang menalifon bertanyakan kabar Lia masa ketika ni tapi atas nasihat doktor dan keluarga terdekat Wad ni mmg tidak boleh menerima pelawat lebih dari 2 orang dlm satu satu masa...Jadi maaflah kawan kawan ye..!
Hampir 6 hari juga lia 'terdampar' kat cni...3 hari pertama KOMA...syukur alhamdulillah selepas itu berada dlm keadaan lebih stabil.

Bercerita sedikit ttg keadaan ketika sebelum pembedahan.Sebenarnya peluang Lia dalam pembedahan tu cuma 50-50 je...apa tidaknya lia ni semua sakit mcm darah tinggi dan lensing manis dah ada..dan yang paling teruk lemah jantung dah mula menyerang sejak akhir akhir ini.Jadi,sebelum pembedahan tu di lakukan..keluarga lia telah di beri kata dua...sama ada ingin teruskan..atau ingin batalkan...Namun kami pasrah aje..sbb kalau di biarkan,kesannya nya nyata dan mungkin lebih teruk...Jadi berserah je lah....

Alhamdulillah Allah masih lagi mau melihat lia menghirup udara di bumi Allah ni...setelah 5 jam pembedahan dijalankan semuanya berjaya tapi masih belum melepasi tempoh kritikal sbb lia masih KOMA....Selepas 3 hari barulah para doktor dan sanak saudara boleh sedikit menarik nafas lega sebb lia dah kembali sedar...

Inilah pembedahan tersebut...panjang lebih kurang 1 kaki dan dia tak pakai benang...dia pakai klip besi je...dia buat perut saya mcm kertas je,....heheheh..tpi alhamdulillah walaupun saya ni ada kencing manis..luka ni dapat pulih dlm masa yang dikehendaki...10 hari selepas pembedahan 'Dawai kokot' tu dah dapat ditanggalkan.. dan 3 hari selepastu dah boleh balik ke rumah..

Alhamdulillah..semuanya dah semakin baik....Saya berharap setelah saya share semua ni..Semua dapat faham keadaan saya kenapa saya menghilang hampir 5 bulan...

Dikesempatan ini sekali lagi Lia nak ucapakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBHARAK...semoga Ramadhan kali ini akan membawa rahmat buat kita semua....


Terima kasih Ya Allah kerna memberi peluang padaku untuk merasa Ramadhan sekali lagi tahun ini.....

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


AKU KEMBALI,SELAMAT BERPUASA
 

Monday, August 9, 2010


Assalamualaikum semua rakan blogger dan pengikut blog ini,

Sudah agak lama rasanya saya tak berkarya di sini.Mungkin kerana kekangan masa dan keadaan kesihatan saya yang kurang mengizinkan.Mungkin ramai yg sudah tahu,atau ada juga yang masih belum tahu bahawa baru baru ini saya sudah di sahkan menghidap kanser buah pinggang Aras 3.Syukur alhamdulillah ALLAH masih lagi memberi peluang kepada saya untuk terus menghirup udara di bumi ini walau pun penah satu ketika saya bertarung nyawa untuk hidup.

Walaupun pembedahan yang dijalankan selama 5 jam peluangnya cuma 50-50,tapi berkat doa keluarga tercinta dan rakan rakan jauh dan dekat memberi peluang kepada saya untuk terus hidup sampai tika ini....terima kasih semua...

Setelah agak lama meninggalkan ruang blog ini (sampai domain name saya dah expired pun saya tak sedar)hari ni saya kembali dgn semangat dan azam baru untuk kembali menulis selagi kuderat masih ada...saya harapkan kepada semua teman blogger dan follower blog ini...seandainya masih ingat dan sudi untuk membaca...syukran jazillan saya ucapkan...Insyaallah saya akan hidupkan kembali domain name saya supaya segala link yg ada dlm blog anda dapat digunakan semula seperti biasa.....dan blog saya mampu di ekses dr mana mana blog yg mempunyai banner saya sebelum ini...

Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBHARAK kepada semua teman dan rakan bloggers sekelian...semoga Ramadhan kali ini membawa sinar keberkatan yg melimpah ruah buat semua....Terima kasih..!


KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


LELAKI HARUS TAHU...
 

Thursday, March 4, 2010



Lelaki harus tahu....10 keinginan wanita.Jangan sering menyalahkan wanita sekiranya mereka sering dilihat naik angin ,marah marah,stress dan menangis tak tentu pasal.Sebenarnya golongan ini bertindak sedemikian kerana keinginan dan kehendak mereka tidak cuba di fahami oleh pasangan mereka malah sikap lelaki yang kurang peka dan tidak mengambil berat juga turut menambah kekusutan dan akhirnya golongan wanita sendiri terpaksa bertindak untuk memujuk hati sendiri dan menjeruk rasa.Semoga dengan 10 tips di bawah kaum lelaki akan lebih lebih faham naluri wanita dan tindakan mereka yang kekadang sukar diramal.

1.Pendapat yang dilontarkan oleh wanita sering dipandang remeh oleh lelaki.Mengikut kajian di dapati wanita lebih prihatin dan mempunyai sensitiviti yang kuat terhadap sesuatu perkara jadi usahlah buat acuh tak acuh bila si wanita cuba menyuarakan pendapatnya,kerana 80% yang diluahkan itu adalah benar dan boleh dipertimbangkan.

2.Lelaki mempunyai tabiat iaitu suka membandingkan pasangan mereka dengan wanita lain.Sindiran terhadap personaliti imej amatlah tidak disenangi wanita.Bukan kah lebih baik jika lelaki menegur dgn baik.

3.Setiap wanita mempunyai keinginan tersendiri dan lelaki sepatutnya mengamalkan sikap yang lebih prihatain.Mungkin ada wanita berkeinginan untuk mencuba hobi baru dan sebagainya.Lelaki sepatutnya tunaikan keinginan itu daripada hanya mendengarnya bagai angin lalu.

4.Wanita mempunyai sikap sentiasa ingin mengambil berat dan rasa ingin dihargai.Namun ramai lelaki menganggap sikap begini menyusahkan dan remeh.Apalah salahnya jika anda perlu bekerja lewat diluar atau perlu berurusan hingga lewat malam anda maklumkan kepada pasangan anda,walau hanya sebaris ayat melalui sms saja sudah cukup untuk membuat wanita itu rasa dirinya di perlukan dan dihargai.Namun masih ramai lelaki yang tidak cuba untuk memahami keadaan ini.

5.Tidak timbul masalah jika lelaki pulang lewat tapi apalah salahnya jika lelaki memberitahu ke mana arah tujuan mereka.Ketahuilah lelaki jauh di sudut hati wanita mau mengetahuinya bukan kerana dia ingin bz body tapi tapi sekadar untuk penyedap hati dan rasa selesa dan selamat apa bila mengetahui org yg disayangi berada dimana.namun pada masa yang sama mereka berat mulut untuk bertanya kerana takut disalah anggap dan risau pertanyaan mereka itu akan mengundang pertengkaran.

6.Masalah majoriti lelaki adalah untuk mengingati tarikh tarikh istimewa dlm kehidupan mereka namun ini lah yang paling mengecilkan hati pada wanita kerana bagi wanita mengingati itu adalah tanda yang anda ambil berat.

7.Lelaki harus tahu yang betapa wanita itu memerlukan sokongan apa bila berada dalam keadaan sakit atau "diserang" oleh saudara mara.Tidak seharusnya lelaki mendiam kan diri dan membiarkan wanita itu terkapai kapai hilang tujuan.

8.Menjadi ketua keluarga bukan lah tiket untuk lelaki mengamalkan sikap memerintah.wanita sudah pasti akan rasa selesa dan sejuk hati jika pasangan turut membantu dan tidak hanya mengkritik itu dan ini.

9.Ketahuilah wahai lelaki yang wanita akan merasa jauh hati apa bila melihat pasangannya bergurau dan berbual dgn teman teman lain berbanding dgn dirinya. Kenapa lelaki boleh berbicara tentang apa saja dgn kawan kawan mereka tapi tidak dgn pasangan.Mengapa setelah bersama, lelaki tak boleh untuk berkomunikasi dgn pasangan seperti mana saat bercinta dulu?

10.Biasanya karekter lelaki terus berubah apa bila dia sampai di rumah.Jika di luar lelaki mudah untuk melemparkan senyuman dan memberi pujian namun bila sampai di rumah lelaki secara automatik menjadi tidak mesra dan mudah marah...Ini menyedihkan hati para wanita dan pada ketika itu wanita mula berfikir yang kehadiran mereka tidak diperlukan lagi...


EGO buat lelaki jadi buta hati...,

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


IM BACK...
 

Monday, March 1, 2010


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini,

Rasanya sudah agak terlalu lama saya berhenti mengetuk kibod untuk mengupdate blog blog saya.Semuanya berpunca dari kekangan masa yang saya alami sejak akhir akhir ini.Sama sekali tidak bermaksud yang saya sudah pun melupakan terus dunia blogging jauh sekali untuk bersara akan tetapi beban kerja yang semakin bertambah membuat kan saya terpaksa untuk melupakan sekejap soal blogging.

Alhamdulillah setelah masuk bulan Mac sessi persekolahan sudah mendapat momentumnya yang sebenar dan begitu juga dgn tugas tugas saya di tempat kerja jadi dapatlah saya mencuri curi sedikit masa untuk mencari bahan untuk tatapan anda pembaca setia.insyaallah selepas ini akan muncul beberapa posting yang mungkin lebih menjurus kepada bidang kerja saya,sebagai pendidik.

Aku kembali...,

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM