IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

TELAH DILANCARKAN
 

Monday, November 2, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog,

Satu weblog baru telah dilancarkan khusus untuk memasarkan PIL SRI TUALANG.Jadi bagi anda yang berminat untuk membeli produktersebut dan mendapat info serta testimoni dari para pengguna produk tersebut boleh la ke blog tersebut.(KLIK pada banner)

Kepada anda yang masih belum tahu apa sebenarnya PIL SRI TUALANG boleh la ke blog tersebut untuk mendapat info tentangnya.Semoga dengan penemuan PIL SRI TUALANG anda telah menemukan jawapan pada masalah anda....

Tolong kawan kawan..,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


Saturday, October 10, 2009

Assalamualaikum dan salam hormat untuk semua...
Masih lagi dalam mood raya..dan mood untuk nak update blog masih tak ada hehehehe...
Walau apa pun untuk sesiapa yang bekenan dgn pil SRI TUALANG (lihat post sebelumnya)boleh la membuat tempahan sekarang...
Nak share sumthin' ngan korang iaitu the whole album pic raya tuhari...hehehe..so kalau korang nak tgok leh la KLIK KAT SINI...
Apa apa pun saya doakan anda semua sihat sejahtera walau dimana saja anda berada...terima kasih kepada nada yang telah memberi respon pada video pembedahan saya tempohari...dan uacapan tahniah saya ucapkan pada anda yang telah mencuba kaedah rawatan yang saya cakapkan tu...saya tak bohong kan?Semuanya berjalan baik seperti apa yang saya ceritakan,bukan?Alhamdulillah semuanya berlaku atas izin Allah...
Dan kepada anda yang masih tercari cari pusat rawatan yang saya katakan tu di bawah ini saya tuliskan alamat dan nombor telefonnya sekali untuk anda hubungi..

PUSAT RAWATAN KERATON
No20-2,Jalan 14/48A,
Sentul Raya Boulevard Bussiness Centre,Sentul Timur,
51000,Kuala Lumpur
TEL:03-4042 1328


Cubalah...berikhtiar itu adalah lebih baik dari menyerah kalah....

Alhamdulillah Syukur Nikmat...



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


NILAIKAN SENDIRI..!
 

Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri 2008 (Berat 108kg)

Januari 2009 (Berat 98kg)
Bulan Mac 2009(Berat 93kg)
Bulan Mei 2009(Berat 68kg)

TERBARU Aidilfitri 2009(Berat 56kg)

Sudahkah anda lihat gambar-gambar di atas....ha..menakjubkan bukan??Ini adalah testimoni sebenar oleh kakak saya sendiri yang menggunakan satu produk perlansingan yang betul-betul berkesan.Anda boleh lihat sendiri gambar terbaru tu mmg bebetul diambil pada Aidilfitri yg terbaru(boleh rujuk pada gambar hari raya keluarga di bawah pada posting yg lepas)
Mungkin ramai yang tertanya tanya apakah rahsianya???Jeng..jeng..jeng....inilah rahsianya produk Pil Hancur Lemak Sri Tualang.Menurut kakak saya ni katanya dalam sebulan boleh hilang 30kg...tapi jumlah penurunan adalah berbeza bagi setiap individu...tapi kalau secara logik pun..kalau boleh hilang 5kg sebulan pun dah kira baik..hahahah..inikan pulak 30kg...perghhhh!Sapa tak nak beb!Dan orang paling pertama yang ingin mencuba dah tentu la aku sendiri...Tungguuuuuuuuuuuuuuuu....!
Kepada sesiapa yang teruja dengan produk ini dan berminat untuk mencuba boleh la menghubungi saya melalui YM( gadis_melayu882) atau hubungi saya melalui email (gadis_melayu@sweetalia.com).oppss...lebih teruja lagi kalau anda mendengar harganya...hahaha!Harganya sebotol cuma RM20.00 untuk 50 biji.Murah bukan?Untuk yang mempunyai berat badan 80kg keatas dan untuk hasil yang cepat hendaklah makan 2 biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji pada waktu malam.Dan bagi yang kurang 80kg boleh la memulakan dengan sebji yang dimakan pada waktu pagi.
Kepada yang berminat tempahan akan bermula 1 oktober ini..sekarang masih dalam cuti raya beb!Orang buat ubat pun nak cuti jugak...hehehehe!So pada sesapa yang nak berdiet tu elok la mula lepas raya..masa raya ni kita hantam kasi habis semua rendang ngan lemang tu dulu lepas tu baru diet..wahahahah!

Tari Seri Tualang Tiga...,



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


RAYA ...RAYA...RAYA...
 




Salam lebaran untuk semua pembaca blog ini,
Alhamdulillah dapat juga beraya kat kampung bersama keluarga tercinta walaupun pada awal awal dulu kesihatan saya kurang mengizinkan.

Di atas ini adalah beberapa keping pic raya yang di abadikan seisi keluarga...

Alhamdulillah syukur nikmat..,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


SALAM LEBARAN
 

Tuesday, September 15, 2009




Kepada semua pembaca blog dan sahabat handai sekelian,

Saya dengan rendah diri dan berbesar hati ingin menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya di sepanjang perkenalan dan persahabatan yang terjalin ada keterlanjuran kata kata dan perbuatan dari pihak saya.Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yg takkan lari dari melakukan kesilapan.

Saya doakan kesejahteraan semua dan selamat sampai ke destinasi masing masing untuk pulang beraya nanti....dan kalau makan rendang daging dan air batu yang sedap sedap tu ingat ingat la kat saya yang kena pantang tak leh nak makan/minum tu semua (Uwaaaaaaaaaaaaaaa....!)hehehe....!(buat buat gelak sebab coverline hati yg duka ni.)
http://emo.huhiho.com


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


AKU KENA BEDAH!!
 

Sunday, September 13, 2009

Assalamualaikum kepada semua para pembaca dan penggemar blog ini,
Untuk sekian kalinya keyboard ini diketuk lagi walaupun sudah agak lama tidak mencatta sesuatu untuk tatapan semua.Kali terakhir keyboard ini diketuk ialah pada ketika saya masih terlantar di wad untuk menunggu hari pembedahan.

Walau pun dalam tulisan tulisan saya yang sebelum ini tidak dapat saya nyatakan dengan jelas apa sebenarnya penyakit yang saya hidapi namun disini biarlah saya berterus terang saja....Saya ada ketumbuhan pada buah pinggang atau dalam bahasa sains yang lebih saintifik iaitu KANSER.Saiz ketumbuhan itu telah membesar iaitu 13.6c.x10.0cm...lebih kurang sebesar remote aircond di rumah anda(kalau remote astro tu besau sgt)So,doktor di hospital selayang dah pun menetapkan tarikh operation saya pada 3 September 2009(Khamis).Namun pada hari pertama puasa (sabtu)hingga lah pada hari sambutan Kemerdekaan saya dibenarkan pulang kerumah dan diminta untuk lapor diri semua di hospital pada 1 Sept 2009.Namun setelah melapor diri saya di dapati demam dan batukl jadi doktor tidak dapat menjalankan pembedahan tu suruh saya balik berehat lagi...sedangkan sakit saya ni di sarsakan dah agak kritikal sebab kencing dah kembali berdarah.Jadi dengan nasihat keluarga dan kawan kawan saya ambil keputusan untuk mencubah satu kaedah rawatan alternatif..pembedahan mengikut kaedah BATIN.Sebelum saya bercerita panjang apa kita kita tonton video ni dulu...




Video ini diambil semasa saya sedang menjalani pembedahan di PUSAT RAWATAN KERATON di Sentul Raya pada 6/9/2009...Pembedahan ini adalah untuk membuang ketumbuhan (kanser)yang berada di dalam buah pinggang saya.Untuk pengetahuan semua semasa pembedahan ini dilakukan saya TIDAK di bius dan berada dalam keadaan SEDAR.Namun saya tidak merasa sebarang kesakitan pun.Pembedahan ini dilakukan tak sampai pun 10 minit dan saya dibenarkan pulang kerumah sejurus selepas pembedahan....Dan lebih menakjubkan selepas 2 jam pembedahan apabila plaster dibuka..tiada sebarang kesan atau parut...
MASYAALLAH...SUBHANALLAH....ALLAHUAKBAR...Maha suci ALLAH segala pujian hanya padaMU...

Mungkin ramai yang seakan tidak percaya,tapi apa yang anda lihat itu lah kebenarannya kerana saya sendiri yang mengalaminya dan saya berani berSUMPAH bahawa apa yang berlaku di dalam video itu benar.
Setelah hampir seminggu menjalani pembedahan kesihatan saya semakin baik..alhamdulillah..namun masih dalam rangka pemulihan sepenuhnya kerana diwajibkan untuk berpantang makan selama 45 hari.Tak boleh makan daging(lembu,kambeing,kerbau)tak boleh makan ikan,telur,makanan yang pedas dan minuman berais...(hmm..semua makanan ni akan muncul pada hari lebaran nanti..takdapat la aku makan nampaknya!)tapi tak apa..demi kesihatan aku akan kuat berpantang...
Untuk sesapa yang rasa berminat nak tau tentang kaedah perubatan ni boleh lah tinggallan nombor telefon pada kotak komen atau pada chat box lia di blog ni..kalau ada mak ayah ke sedara mara ke yang sakit tapi takut nak dapatkan rawatan kat sepital boleh cuba yang ini.,.insyaallah dgn izin Allah semuanya akan baik seperti biasa...Amin..

Terima kasih Allah..


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


SELALU MENGALAH
 

Tidak tau kenapa lagu ini benar benar meruntun jiwa sejak akhir akhir ini...Jadi ku titipkan liriknya di sini dan kepada yang ingin mengetahui lagunya bagai mana boleh lah mendownload lagunya melalui link di bawah...!


SELALU MENGALAH - Seventeen


jelaskan padaku isi hatimu

seberapa besar kau yakin padaku

untuk tetap bisa bertahan denganku

menjaga cinta ini


pertengkaran yang terjadi

seperti semua salahku


reff:

mengapa selalu aku yang mengalah

tak pernah kah kau berpikir

sedikit tentang hatiku


mengapa ku yang harus selalu mengalah

pantaskah hatiku

masih bisa bersamamu



Koleksi Seventeen yang lain.
Mp3 Download & Lirik Lagu Seventeen – Selalu Mengalah

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


SELAMAT BERPUASA
 

Friday, August 21, 2009




Kepada semua pembaca dan sahabat sweetalia.com.,
Saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK semoga Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua....amin...!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


MASUK SEPITAL LAGI:PART 3:Episode: Kenapa?Tak percaya..??!
 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca semua,

Ni nak cerita sikit la..ramai para sahabat dan pembaca tertanya tanya di mana sebenarnya saya berada sekarang.Puas saya dah terangkan yang saya ni masih berada di katil hospital dan posting posting ni saya buat "secara langsung"dari sini.Ramai yang tak percaya mcm mana saya boleh online kalau saya masih di hospital...dah tu aktif pulak mengupdate blog...hahaha...biasa lah doctor pun dah paham patient dia yang sorang ni dah 3 minggu kat sini...boring giler dah...so setakat nak ketuk ketuk laptop ni dia pun dah tak kisah..lagi pun kat sini Kelas 1/VIP so diorang mmg mementingkan privacy patient diorang,tak kisah sgt...jgn karaoke kat dalam wad ni sudah...hahahah!

So kat sini ada beberapa pic lagi yang sempat lia snap untuk kowang tengok dan sebagai bukti lia mmg online dari rumah sakit.

Ta..daa...di sini lah ruangan lia online dari wad...
"Ini lah istanaku....."
Ini view dari tingkap sebelah katil lia...

Amacam?Masih tak percaya??Tiada yang tidak benar ,melainkan yang benar benar belaka..hehehe.Setakat hari ni 21hb OGOS 2009 jam 10.44pagi result penuh dari doktor belum keluar lagi sebab semalam buat CT Torex scanning pun dah lewat hampir pukul 4 petang so dia punya report belum keluar lagi.Masih belum ada ketetapan bila nak operate..terpaksalah tunggu lagi...Harap harap benda ni tak berlarutan sampai time nak raya..kalau boleh hold biar lah hold sampai lepas raya baru buat...kalau tak leh buat la cecepat biar sebelum raya dah selesai.Begitulah harapan lia...

Terus berharap...,



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

Blog Gadis Melayu
Klik kopi!



KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


MLM lagi...
 

Wednesday, August 19, 2009


Apabila posting yang lepas saya bercakap tentang MLM dan skim skim cepat kaya ramai yang memberi respon...ada yang berkata apa Cik Sweetalia dah tukar bidang ke?dah terjun ke biz MLM?..tak kurang juga yg memberi pendapat sinis dgn menemplak saya dan bertanyakan apa yg saya tau ttg bidang ni...sehingga saya pandai pandai melabelkan sesuatu skim itu sebagai SCAM...

Demi Allah sesungguhnya saya tak bermaksud untuk melaga-laga kan sesiapa jauh sekali untuk melabelkan mana mana skim sebagai SCAM.Saya hanya bercakap berdasarkan fakta untuk memberi kesedaran kepada anda diluar sana yang mungkin selama ini kurang jelas ttg konsep MLM yang sebenar benarnya...Dalam posting saya yg sebelum ini...apa yang saya quote kan adalah perkara perkara yg terkandung dalam Akta Jualan Langsung di Malaysia yg saya ubah dan olah menjadi "sesedap rasa" dan lebih mudah difahami oleh org org biasa mcm kita ni...

Sebenarnya mengapa saya terpanggil untuk menulis semua ni..dahulunya... saya sama seperti org lain yang begitu teruja dgn perniagaan MLM dan Skim Skim Cepat Kaya yang tersebar begitu meluas di internet...dan terus terang saya katakan saya adalah di antara ribuan manusia di Malaysia yg melabur dengan AB Fund dan Swisscash yang hampir hampir terkena "heart Attack" bila syarikat syarikat itu "gugur" dan wang wang di bekukan...walaupun pada dasarnya sempat gak memperolehi keuntungan berpuluh ribu...tapi kehilangan baki USD15000 yang tidak sempat di keluarkan semasa syarikat itu "rebah" sedikit sebanyak memberi impak yg besar kepada saya....

Jadi mulai dari saat itu,saya terus tanamkan pada diri saya yang saya hanya akan melibatkan diri dalam perniagaan yang sah...biarpun keuntungan mungkin tak begitu lebat yang penting "legal".Kerana hanya yang "legal"saja yang mampu bertahan lama dan tak penah menipu...

Mungkin pada yang dah terbiasa dengan MLM dah sedia maklum dgn syarat paling asas untuk menceburi bidang ini iaitu mesti ada..
1.MODAL atau dgn kata lain satu bayaran awal untuk melayakkan anda berdaftar dgn syarikat itu.

2.DOWNLINE-belum ada perniagaan MLM di mana mana pun yang tidak memerlukan DOWNLINE.Kalau ada pun itu hanyalah helah sesuatu individu untuk memperdaya anda menyertainya.Dengan kata kata manis dia memberi tahu anda bahawa anda tak perlu mencari downline dan dia akan carikan downline untuk anda dengan kaedah SPILLOVER.Cuba anda pikir baik baik...semasa rangkaiannya(networking)nya masih awal...mmg mudah bagi dia nak pantau dan cari spillover untuk org bawahan nya...tapi setelah networkingnya berkembang..apa anda yakin yang dia boleh menjaga semua org bawahannya dan pastikan setiap sorang daripada mereka mendapat spillover yg mencukupi bagi memenuhi downline yg dikehendaki??Sedangkan pada masa itu dia sudah di atas mengecapi puncak kejayaannya dan anda masih di bawah,masih ternanti nanti spillover yg tak kunjung tiba...dan seterusnya anda pasti merungut kenapa org lain berjaya tapi anda tidak namun tidak kah anda sedar itu adalah kesilapan anda sendiri kerana nak buat kerja mudah,tak nak cari downline,bergantung harap pada org lain sedangkan org tu buat untuk kepentingan dia sendiri je..tak pikir pun tentang anda YG MALAS ni ...Akhirnya segala modal yang dah anda keluarkan rugi dan terbengkalai begitu sahaja...Jadi tak ada istilah dalam MLM labur wang duduk saja...Downline mesti kena cari paling tidak seorang atau 2.

3.PRODUK-Mesti ada produk..ya lah dah keluar sejumlah modal takkan lah tak ada produk dan produk itu mestilah produk yang sah di perdangangkan.

4.LESEN-Haa...yang ni yang paling penting.Pastikan syarikat MLM anda mempunyai lesen yang sah.Kalau syarikat itu legal..mereka tak akan teragak agak untuk menunjukkan lesen mereka apabila di minta.Ada dua lesen yang anda perlu tahu..iaitu lesen Jualan Langsung dan satu lagi adalah lesen yang membenarkan syarikat mengambil deposit daripada individu individu(para pendeposit)

Ok itu 4 perkara asas yang perlu ada dalam MLM...sebenarnya ada banyak lagi yang anda perlu tahu...tapi pada peringkat awal...jika kempat empat perkara di atas dapat anda sah kan maka secara asasnya syarikat tersebut adalah syarikat MLM yang sah.

Namun bagaimana kah untuk mencari perniagaan MLM yang baik dan menjamin kejayaan?

Bertindaklah mengikut KEMAMPUAN.jika anda mampu untuk mengeluarkan modal yang besar anda boleh memilih MLM yang mengenakan jumlah modal permulaan yang besar.Biasanya perniagaan yang bermodal besar akan menjanjikan pulangan yang besar juga..tapi anda harus ingat yang anda perlu mencari downline dan setiap daripada downline itu harus mampu membayar sejumlah modal yang besar sama seperti anda...Jadi persoalannya di sini berapa ramai diantara kita mampu untuk mencari downline yang mampu untuk membayar modal yang besar???Persoalan ini perlu di jawap terlebih dulu jika anda mau berjaya...tepuk dada tanya selera...

Pilih lah MLM yang perlu mencari jumlah DOWNLINE yang paling minima...iaitu 3.(Mengikut undang undang Jualan langsung 2 org downline adalah bukan perniagaan yang sah.Akta MLM downline harus ada 3(direct) atau lebih)Jadi 3 adalah yang paling minimum dan tak begitu berat untuk seorang individu mendapatkan downline seramai 3 org .Dan adalah lebih baik untuk anda tanamkan dalam diri anda untuk menyelesaikan tugas individu anda iaitu mencari 3 downline seperti yang di syaratkan sebelum untuk menarik lafaz lega dan menunggu hasilnya.Jika setiap daripada anda yang menyertai MLM melaksana kan tugas anda sehingga selesai..PASTI tak akan timbul isu downline tak dapat "kaki" atau bergantung kepada spillover...

Pilihlah MLM yang bergerak secara TEAM WORK.Dalam MLM bergerak secara berkumpulan lebih menjamin kejayaan.Setiap ahli dalam kumpulan tersebut membantu sesama sendiri untuk mengembangkan networking mereka dan itu yang sepatutnya berlaku.Mungkin ramai yang menganggap ini adakalanya janji kosong...bila kita dah masuk kita di biarkan terkapai kapai tak ada haluan...namun jika anda kenal syarikat anda dan anda kenal dgn TEAM anda perkara perkara seperti ahli ahli yang tercicir tak akan berlaku.bila kita cakap soal TEAM WORK anda perlu sedar yang kerja di lakukan BERSAMA SAMA..ini bermakna anda juga perlu MENYUMBANG untuk memastikan kejayaan kumpulan anda.Jadi tak ada istilah masuk dan DUDUK SAJA....

KESIMPULANYA..Biarlah kita cari perniagaan MLM yang modalnya berdasarkan kemampuan...nak cari downline pun berdasarkan kemampuan...biar untungnya kecil tapi untung masuk secara berterusan...kerana syarikat ini berlesen sah.!!

Sejak kebelakangan ini ada satu perniagaan MLM yang menarik minat saya dan sudah agak lama saya mengkaji kesahihan Syarikat ini dan nampaknya ia memang memenuhi segala kriteria untuk menjadi satu perniagaan yang sah dan berjaya.Walaupun baru setahun lebih bertapak dia Malaysia namun dah ramai yang berjaya dengan nya.Walaupun diperkenalkan kepada saya oleh seorang kawan yang mmg saya dah tabik spring dgn kejayaanya dalam bidang MLM namun saya tak gelap mata untuk terus menyahut cabaran itu...saya masih menilai nilai apakah potensi saya dalam syarikat ini...jika sudah pasti ,saya akan mencubanya...dan selepas itu jika saya mampu melihat potensi dalam syarikat ini...saya pasti akan mewar war kepada anda dan mengajak anda untuk mengecapi kejayaan bersama saya....insyaallah...kerana saya sama sekali tidak akan mengesyorkan kepada anda sesuatu yang saya sendiri tidak yakin boleh lakukan...jadi tunggu saja perkhabaran seterusnya....

Tak perlu kaya,cukuplah sekadar hidup senang,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


MASUK SEPITAL LAGI!
Part 2:Episod Tawakkal je lah..
 

Monday, August 17, 2009

Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca yang budiman.Mohon maaf seandainya blog ini dah lama tak ada posting baru...Almaklum sajalah..tuan punya blog terlantar di wad.Ni pun lia curi curi masa untuk menjenguk dan menitipkan bingkisan ini untuk tatapan semua.

Mungkin kepada anda yang dah membaca posting sebelum ini dah mmg sedia maklum yang lia dah di masukkan ke wad 2 minggu lalu.Kalau sebelum ni doc masih belum dapat memberi kepastian apa sebenarnya penyakit lia tapi baru baru ni semuanya bukan rahsia lagi...Setelah beberapa scan yang doc telah buat dan beberapa ujian terpeinci...mereka mengesahkan yang lia ada KETUMBUHAN PADA BUAH PINGGANG SEBELAH KIRI.Bagai mana perasaan lia pada masa mendengar perkhabaran itu hanya Allah sajalah yang maha mengetahui...fikiran bercelaru...otak berserabut...mcm mcm perkara bermain dalam benak pikiran...dan mula dah berpikir yang bukan bukan...Memang kita tak mau meminta dan mendoakan yang buruk buruk..tapi kepala hotak ni tetap gak memikirkan benda yang buruk akan berlaku...Namun kehadiran keluarga dan rakan rakan terdekat sedikit sebanyak memberi aku semangat untuk menerima kenyataan dan bersabar menempuhi dugaan...

Esok lusa ada beberapa ujian lagi yang perlu aku jalani sebelum doc menetapkan satu tarikh untuk aku menjalani pembedahan.Kepada Allah aku panjatkan doa semoga apa yang akan aku dengar tidak lah seburuk yang aku sangkakan...Namun jika ITU keputusan yg di beri oleh doc...aku redha...

Kat sini ada beberapa pic baru yang sempat aku abadikan sepanjang kat sepital ni..


Ini adalah breakfast aku yang telah ku baham...heehehe..
Jangan tersilap ye..ni bukan beg masuk darah ni ialah beg urine(beg air kencing) aku yang penuh dgn darah sebab kencing berdarah...
Ni adalah katil aku masa awal awal masuk sini...di sebab kan kritikal so diorang masukkan aku kat kelas 3 sebab kata diorang kelas ni dekat dengan tempat misi...senang diorang nak pantau..sekarang dah tak duduk kelas 3 lagi...dah masuk Kelas 1/VIP...

Sampai di sini je yang dapat lia tulis untuk bingkisan kali ini...semoga dapat bertemu lagi di lain waktu.Doakan kesejahteraan kesihatan lia k...kerana itu lah yang paling lia perlukan di saat ini..

Berserah kepadaNya...


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


MASUK SEPITAL LAGI!!
 

Tuesday, August 11, 2009

Assalamualaikum semua para pembaca setia blog ini... terima kasih kerana terus menunjukkan kesetiaan yg tidak berbelah bahagi terhadap www.sweetalia.com. Pertama sekali ingin saya memohon maaf kerana tidak dapat mengupdate blog ini sekerap mungkin memandangkan sejak akhir akhir ini kesihatan saya agak kurang mengizinkan.Pada 8hb Ogos sekali lagi saya di masukkan ke wad..walau pun pada awal nya saya di jadualkan akan membuat pembedahan pada 28hb Julai tapi di sebabkan pada tarikh tersebut keadaan saya di dapati tidak serius....doktor telah menetap kan satu tarikh lain untuk appointment seterusnya.Malangnya belum sempat tiba tarikh appointment tersebut keadaan saya kembali serius...darah keluar melalui kencing terlalu banyak sehingga saya hampir pengsan jadi keluarga saya mengambil keputusan untuk membawa saya ke bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan segera....Jadi sebelum kita cerita panjang lihat dulu pic pic di bawah....

Sempat lagi berposing walau dlm keadaan sakit.....
Takde keje boring sangat ambil pic kaki sendiri....

Ha...yang ni jarum yang di masukkan ke tangan untuk masukkan ubat,air atau antibiotik...sakit berdenyut denyut ni tau!
Hmm..ini nombo katil kita...hehehe...

Sambung balik cerita pasal sakit tu..dah buat x ray..dah buat ultra sound..dah buat ct scan..
walau dah 4 hari kat dalam wad ni doktor masih belum beri apa apa jawapan tentang punca sakit lia ni tapi dari sumber sumber yg boleh di percayaai katanya mungkin buah pinggang membengkak kerana ada batu karang...perghhhhhhh...dahsyat gak batu karang sampai berhambur darah keluar kat kencing...

Mungkin ada yg bertanya tanya lia buat posting ni dari mana???hahaha ..dah tentu dr katil sepital tempat lia duduk wad...hahaha...pukul 3 pagi dikala orang semua nyenyak di buai mimpi sempat gak lia buat bingkisan ni untuk bacaan teman teman....

Haishhhhh...misi dah lalu lalang.Nampak gayanya macam nak kena warning je jap lagi,so sebelum dia warning baik lia pen off dulu...bye semua..doakan kesihatan lia tau!Muahsss!


Badan sakit JIWA tidak...


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


MLM ke...SKIM CEPAT KAYAP....oppss!
 

Sunday, August 2, 2009



"Bank Negara Raids Asia Ceramic Marketing Premises
Source: http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=427386

KUALA LUMPUR, July 23 (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) has raided Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd’s premises here following complaints received from members of the public. The central bank said in a statement today that it was investigating the company under Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4 (1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without a valid licence while Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities. “Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation,” BNM said. It also reminded the public to be cautious of deposit taking and investment schemes offered through various channels such as the internet, phone calls or seminars conducted by individuals or companies not licensed or approved by the relevant authorities. The public may refer to the list of licensed institutions authorised to accept deposits which is available on BNM’s website at www.bnm.gov.my. –BERNAMA-"


Sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan KONONNYA tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.

Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah…

bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah… dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata “Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..”.

Sahabat… sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah “Nak buat macamana… ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena…” Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar? Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal? Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri. Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata “Nak buat macamana… aku pun kena tipu juga…”. Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?

Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa? Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe. Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan ‘perniagaan sah’ yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.

Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah… kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi. Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar Rm500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, Rm5000 dan u akan dapat post dated cheque Rm9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla…

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi. Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapi saya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni….??! Hehehehe… Fikir balik!

Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan “Syarikat pernah keluar surat khabar” bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.

1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)

2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa? Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama. Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang. (Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.

3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, “jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?”

4) Jika mereka kata “Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..”. Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan. Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut…. kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut… malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut… dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama. Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah… yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah… sebangsa dengan kita… kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?

5) Apa bila ditanya soalan berkenaan LEGAL aspek, biasanya mereka-mereka ini akan ‘quote’kan akta-akta dan syarat-syarat sah yg terkandung didalam lesen AJL. Sebagai contoh:

Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”

Tetapi, bila ditanya company ni ada AJL Licence ke tak? Dijawab, “Ooo kita bukan exactly termaktub bawah AJL, sebab kita punya business adalah trading bla.. bla.. bla..” Oit?! Gitu pulok!!

6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang ‘jalan keluar’ mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun. Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan ‘overpaid’ kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama… tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut ‘Sempat’ untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?

Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya.

Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah… yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. “Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr”. Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; “Ini halal maa.. daging ayam!”. Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.

Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.

Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit…

Copylah artikel saya ini dan publishkan dalam blog anda atau forwardkan ke email rakan-rakan serta saudara mara kita supaya sama-sama kita membantu menyebarkan mesej ini kepada yang lain.

Nak hanya yang "SAH" aje...,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


HIDUP IBARAT PUTARAN RODA
 

Saturday, July 18, 2009


Entah mengapa sejak akhir akhir ini kekangan masa merupakan cabaran yang amat hebat dalam kehidupan ku...sehingga kan untuk mencari ruang membuat posting terkini pun menjadi terlalu sukar....bila di belek belek blog ni pun dah tak ubah seperti blog usang yg tidak lagi menerima kunjungan ramai seperti dulu lantaran dari jarang jarang adanya postingan terbaru....kesian kan blog ni..?hehehe...

Untuk postingan kali ini aku terpanggil untuk memaparkan satu kisah teladan yang aku baca dalam satu majalah.Tergerak hati untuk berkongsi perkara ini bersama anda semua.Allah maha adil pada setiap hambanya...kadang kadang balasan setimpal tidak perlu tunggu di akhirat...di dunia juga Allah dah bayar 'cash'....

Alkisah....maka tersebut lah kisah....
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang.... pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA. ALLAHUALAM BISSAWAB...SESUNGGUHNYA HANYA DIA YANG PALING MENGETAHUI...

Pengemis cinta...


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


19 KEISTIMEWAAN WANITA
 

Sunday, July 12, 2009


19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Sesungguhnya beruntunglah kamu di lahirkan sebagai seorang wanita...walau pun ada yg menyatakan menjadi seorang wanita kamu amat mudah untuk membuat dosa...tapi ketahuilah bawaha Allah itu maha adil..kerna menjadi wanita juga banyak keistimewaan telah dilempahkan kepadamu...

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


BLOG REVIEW(Mp3nVideo4u)
 

Wednesday, June 17, 2009

AiOxen



Kepada anda penggemar penggemar mp3 dan video....ha... di sini lah tempatnya anda perlu serbu untuk mendapatkan pelbagai lagu lagu dan video dari yang lama sehinggalah yang terbaru...pendek kata anda sebut saja apa album yang terlintas di fikiran insyaallah anda boleh temuinya di sini...

Yang lebih menarik kalau album yang anda cari tu tak ada anda boleh request dgn blog ownernya lagu lagu yang anda inginkan dan insyaalah dgn cepat dia akan berusaha untuk adakannya untuk anda...Sedikit perkara yang agak menggeletek hati saya..sehinggakan album Pelawak Lagenda Indonesia Benjamin S(yang rata rata tak dikenali oleh anak anak muda masa kini) pun boleh anda dapati di sini...Wahahaha!Salute to Mr.Mosac the blog owner!Apa yang penting??KERJASAMA...opss...salah itu tagline WONDERPETS...tapi tagline penggemar MP3 apa yang penting...semuanya FREEEEEEEEEEEEEEEE....
So apa tunggu lagu jom kita serbu blog ni kasi donload sampai roboh.....wakakakak!Selamat mendonload sehingga subuh ya!Untuk ke blog tersebut sila klik pada banner di atas!

Dah abis donload Dr.Alban sampai bengkok,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


BLOG REVIEW(AiOxen)
 

Sunday, June 14, 2009

Photobucket


Baru baru ni saya terjumpa dengan satu blog semasa mencari lagu lagu lama untuk di download.Apa yang menariknya blog ini ialah ia memang menepati citarasa mereka yang ingin mendownload lagu lagu(lagu lagu lama terutamanya)secara the whole CD.

Sebagai seorang dj yang menginginkan lagu lagu dari pelbagai genre dan era saya rasa blog ini memang menepati...Apa yang memeranjatkan saya 1 lagu yang memang sudah terlalu lama saya mencari iaitu lagu PENYANYI nyanyian Alleycats iaitu keluaran album tahun 1979(masa saya berusia 1 tahun)pun anda boleh dapatkan di sini. Wow...memamng memeranjatkan dan mengkagumkan.Salute to the blog owner!Dan saya rasa anda semua mungkin tak penah tau(lebih lebih lagi generasi muda)yang Alleycats penah merakan kan lagu lagu seperti "Bersembunyi Dari Cinta" dan "Kasihmu" yang di adaptasi dari lagu lagu disco hits Inggeris yang sangat popular pada era itu.So,kalau anda nak dgr semua semua lagu ni yg masih sedap di dgr sebenarnya...haaa...di blog ni lah tempat semuanya ada...

Seperkara lagi mungkin anda tak tahu yang saya adalah "Die Hard Fans" kepada kumpulan KRU...jadi dari blog ni saya dapat balik koleksi lampau saya daripada zaman kita tak mampu nak beli CD(ye lah zaman sekolah dulu) jadi kita beli kaset je...jadi kaset tu semua pun kebanyakkan nya dah lingkup pahana(wakakakaka!)jadi di blog ni saya dah download balik semua lagu lagu KRU dari album pertama sehingga kini...terima kasih AiOxen!Jadi apa lagi kengkawan jom kita "serang" reramai blog dia untuk download sampai senget...wakakakak!Untuk ke blog tersebut sila klik pada banner dia atas...!

Suka lagu RETRO,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM