IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

MENJAWAB KEMUSYKILAN..
 

Wednesday, April 30, 2008

Tertarik dengan satu komen yang lia terima yang merujuk kepada posting lia baru baru ni yang bertajuk"IBU BAPA KENA PRIHATIN",dan komen itu berbunyi begini...

"Salam Alia...

Akak ada anak yg dlm tahun 1, selalu balik rumah ada jerr pensil/pemadam/pensel color yg hilang, tapi akak nak marah pun tak boleh....


Kadang2 bila balik rumah, tanya dia adik ada homework tak? Dia jawab ada tapi bila suruh buat, dia tak ingat apa yg cikgu pesan...(Ni yg tak tau nak buat mcm mana)

Apa pun terima kasih utk panduan2 yg diberikan...bukan senang nak handle anak dalm lingkungan unur mcm nie...Respect Alia..."
Sebelum mengulas lia nak ucapkan terima kasih pada AKAK yang telah sudi membaca ruangan dalam blog lia.

Masalah Hilang barang:
Sebenarnya masalah yang akak utarakan ni bukan masalah pada anak akak seorang tapi ada lah masa lah global....memang.. hati ibu mana yg tak panas kalau setiap hari anak pulang dari sekolah mengadu pensil dan segala peralatannya hilang sedangkan kita dah pun menyediakan yang secukupnya kepada anak kita.

Nak marahkan murid murid lain rasanya mcm tak kena sebab ye lah murid murid dalam umur sebegini apalah yang dia tahu.....Satu cara yang saya fikirkan terbaik ialah dengan:

  • melabel semua barang barang kepunyaan anak kita dengan nama.Buat tanda yang tak boleh ditanggalkan dengan mudah sebagai contoh menulis nama dengan menggunakan permanent marker dsb.
  • elakkan anak kita dari menunjuk nunjuk kelengkapan yang dia ada pada waktu dia tak perlukan benda tu.Hanya keluarkan benda benda tu bila saat nak di gunakan.
  • buat dua bahagian...contohnya kalau pensil dia ada 5 hanya masukkan 3 batang pensil beserta pemadam dan pembaris dalam kotak pensil...yang lain lain seperti warna ,gunting dan gam dalam satu bekas yang lain dimana dia tak perlu nak keluarkan benda benda tu kalau dia tak perlukannya.
  • pesan pada anak anak untuk sentiasa mengemas semula barang barang keperluan tadi setiap kali dia nak meninggalkan kelas(waktu rehat atau nak ke tandas)Pastikan semua barang barang tu di masuk kan ke dalam beg dan beg hendaklah dizipkan.
Sebagai seorang guru pun memang sukar untuk mengelakkan masalah hilang barang untuk terjadi...tambah tambah di tahun satu...Untuk itu kerjasama dari pihak ibu bapa amat amat lah di harapkan....berpesan pada anak anak agar barang barang mereka tidak di pinjamkan kepada kawan bukan lah langkah penyelesaian yang bijak kerana mungkin akibat rasa tidak puas hati kerana tidak di beri pinjam anak anak ini akan menimbulkan masalah lain pula contoh mencuri atau menyorokkan barang itu di tempat lain.

Kerja Rumah:
Begini sebelum saya mengulas biar saya ceritakan ttg situasi saya sendiri...
Bagi Lia yang mengajar di kelas TAHUN 1 di kelas belakang(yang kurang cerdas)Memang Lia tak galakkan untuk memberi kerja rumah pada murid murid...Bukan apa anak anak yang lemah ini kalau di beri kerja di kelas sekali pun sudah mengambil masa yang lama untuk disiapkan malah ada yang gagal untuk menyiapkan pada waktu yg di tetapkan lia rasa untuk memberi kerja rumah pada anak anak begini adalah tidak wajar...Dan lagi apa yang guru guru bimbang kan ialah apa bila anak anak ini membawa pulang buku untuk menyelesaikan kerja di rumah pasti ada yang akan gagal membawa buku itu kembali ke sekolah(tak tau lah sama ada mereka lupa atau dengan sengaja tidak bawa kerana kerja rumah yang di beri tidak siap)jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi...ramai guru mengambil langkah untuk tidak memberikan kerja rumah dan menyimpan sebahagian besar buku latihan di sekolah.Secara tidak langsung dapat mengurangkan beban berat beg sekolah anak anak kita...

Masalah anak lupa kerja rumahnya atau pesanan pesanan lain:
Biasakan membekalkan BUKU PESANAN kepada anak anak...jadikan buku itu sebagai perantara antara guru guru dan ibubapa...seandainya ibubapa ada perkara yang ingin di sampaikan kepada guru boleh la menulis di dalam buku itu begitu juga sebaliknya jika guru ada apa apa yang ingin di pesankan kepada ibubapa...Sebagai ibubapa anda harus sering memeriksa buku itu setiap hari bagi memastikan apa yang ingin disampaikan dapat anda terima dan ambil tindakan.Jadi dalam konteks KERJA rumah tadi...ibubapa boleh berpesan kepada guru untuk menulis di dalam BUKU PESANAN tadi latihan mana yang guru telah berikan sebagai kerja rumah.Jadi ibubapa boleh boleh lah bertindak memastikan anak anak meyiapkan kerja yang di suruh.

Saya harap saya sudah menjawap kemusykilan dari AKAK tadi...terus terang pendekatan yang saya pakai tak lebih dari pendekatan peribadi...mungkin bagi lain guru pendekatan mereka ada lah berbeza...sesungguhnya ini hanyalah cadangan peribadi dari saya....harap semua mendapat sedikit pedoman dari penulisan ini....

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


IBU BAPA KENA PRIHATIN
 

Sunday, April 27, 2008


Mungkin semua pun sudah tahu yang Lia ada lah seorang pendidik dan di blog ini saja ada beberapa artikel yang lia tulis berkenaan dgn senario persekolahan masa kini.
Terus terang lia katakn yang Lia tak suka nak bincangkan isu isu besar dalam pendidikan kerana perkara ini biarlah mereka yang lebih ahli membincangkan nya di forum forum utama.Bagi lia ,lia lebih suka mengetengahkan isu yang org semua anggap remeh dan tak pernah terfikir pun..tapi sebenarnya kalau isu ini tidak di tangani ia akan jadi masalah besar bagi guru dan murid itu sendiri.
Memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawap ibubapa seperti juga memberi makan pakai anak anak dan seisi keluarga.Mungkin bila anak anak itu sudah di daftarkan ke sekolah ramai yang beranggapan tugas mereka sudah selesai dan yang selebihnya tanggung jawap itu di galas oleh guru untuk memberi pendidikan.Memang betul...tapi sejauh manakah seseorang guru itu boleh menjalankan tugas nya dengan lancar sekiranya ada beberapa isu kecil yang gagal di tangani dengan baik.??
Saya ingin bertanya...berapa ramaikah ibu bapa yang memeriksa keperluan anak anak mereka sebelum menghantar anak anak mereka ke sekolah?Keperluan yang saya maksud kan ini bukan sahaja benda benda seperti baju sekolah kasut dan buku tapi pensil ,pemadam, warna, gunting,pengasah pensil dan gam.Walaupun yang murah dan kurang berkualiti(bg yg berpandapatan rendah)tapi asalkan ada.Mungkin kerana saya sudah lama mengajar di TAHUN 1 jadi pada saya perkara ini penting.Seorang murid TAHUN 1(dan tahun tahun yg lain juga)secara asasnya perlu ada semua benda benda tadi.
Tahukah anda berapa lama kah seorang murid itu membuang masanya di tempat bakul sampah untuk mengasah pensilnya,dalam satu hari persekolahan?Sedangkan kalau masa itu dapat dikurangkan anak anak mempunyai lebih masa untuk menumpukan perhatian dalam kerja kerja nya di kelas.Nampak remeh...tapi hanya kerana kira sebagai ibubapa gagal untuk melaksanakan tugas dgn baik...anak anak yg menerima akibatnya.Saya nasihatkan pada ibubapa...sediakan la sekurang kurangnya 3 pensil yang sudah siap tajam sebelum anak anak ke sekolah.Pastikan anak anak mepunyai pemadam dan pembaris.Kerana kalau tak ada mereka akan mengambil kesempatan untuk merayau rayau dalam kelas dgn alasan untuk meminjamnya dari kawan.Ini juga akan membuang masa mereka.Dan lagi asas penggunaan pembaris perlu di tanam sejak awal....bila saya perhatikan di kelas...anak anak ini jarang gunakan pembaris untuk buat kotak atau garisan....lebih suka pakai freehand...kalau lurus tak apa lah jugak ini senget benget,buat sakit mata jer nak menanda nanti..kalau di tanya mana pembaris...katanya tak ada...abis cikgu nak cakap apa....suruh pinjam dari kawan...kawan pulak pelokek(sebab mak ayah dah pesan jgn kasi pinjam kawan)jadi apalah agaknya nak jadi dgn budak budak ni tadi....nak tak nak cikgu juga lah yg keluarkan duit untuk bekalkan pembaris dan pemadam.
Kalau org tak tau org akan cakap ajar TAHUN 1 lah paling senang...Iya SUKATAN PELAJARANNYA mmg senang tapi pendekatan ,cara nak tackle ,cara nak handle itu yang susah.Budak besar kita cakap jer diorang dah paham...budak kecik awak marah dia sampai kepala pecah pun dia tak paham...hahahaha....
So..kesimpulannya ambil tahu...Setiap hari buka dan belek beg dan kotak pensil anak anak anda sebelum dia ke sekolah.Warna yang patah kita asahkan....pensil patah kita asahkan,pensil sebatang ganti lah semula bagi jadi 3...pada saya 3 tu tahap selamat untuk dia gunakan selama 5 jam di sekolah.Harap para ibubapa dapat sedikit panduan dari posting saya kali ini...
Terima Kasih!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


DIUNDANG KE TV3
 

Saturday, April 26, 2008


Gembira..Gugup...Tak terkata...Dan di luar jangkaan..!!Itu lah saja yang lia dapat katakan apabila lia telah berpeluang menjadi undangan dalam rancangan bual bicara pagi MALAYSIA HARI INI(MHI) di TV3...Aduh..siapa lah yang akan menjangka org biasa biasa mcm lia ni akan muncul di kaca TV...kalau sekadar bual bual tu lain lah cerita...ni diberi pulak kesempatan menyanyi dalam segmen 'Bersama Artis Undangan'...hmm sesuatu yang diluar jangkaan....heheh sebenarnya mmg lia malu nak hebahkan yang lia akan muncul di TV pada pagi Jumaat 25hb APRIL 2008...Lia hanya memaklumkan kepada rakan dan keluarga terdekat jer....malu weh...kalau nyanyi sedap mcm artis tak pe gak...hehehe ni mcm 'sumbangseh' gtu...wakakakaka...walau apa pun malang sekali clip yang lia nyanyi tu tak ada sapa pun yang rakam....yg family lia rakam dapat masa tgh interview jer...sampai bab nyanyi bateri kamera abih...ampehhhhhh!!So lia menyeru dan merayu..kalau ada ada siapa siapa yg sempat rakam...boleh la berhubung dgn lia..nanti kita leh upload kat cni...biar siapa yg terlepas tgok rancangan tu leh tgok kat cni....






Hehehe...dapat separuh jalan jer...!

Dan kat bawah ni adalah gambar gambar kenangan yang sempat lia abadikan bersama penyiar penyiar TV3 yang sempat lia temui di sana....semuanya manis/hensem..semuanya friendly sangat...tak lokek dgn senyuman.
And i think,all the credits should goes to Ally Iskandar,sebab dia yang telah menjemput lia ke rancangan terbitan beliau...dan layanan mesra beliau buat kita rasa tenang dan selesa sepanjang Lia berada di sana....Terima Kasih banyak banyak Encik Ally Iskandar atas segala-galanya...

Bersama Penerbit MHI..Encik Ally Iskandar



Pose kat set MHI...bersama Wardina dan Fitri...

Bergambar mesra mesra alam gtu ngan Kak Abby..!

Akhir sekali lia ucapkan penghargaan yang tak terhingga kepada seluruh warga Krew MHI yang tak dapat di sebut nama semuanya di sini...semuanya sungguh mesra dan buat lia rasa senang di sepanjang acara ini berlangsung...

Terima Kasih

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


JOM BUAT DUIT!
 

Monday, April 21, 2008

Hmm...ini bukan SKIM CEPAT KAYA...PELABURAN INTERNET..ataupun MLM...Tapi ia benar benar boleh buat org berjaya.Tapi tak lah sampai buat seseorang jadi kaya raya....cukup depadan dengan usaha jika anda ingin mencapai kejayaan.Sekadar mampu buat org org yang berhutang menghela nafas panjang apa bila hutang piutang nya selesai.
MODAL cuma RM50 cukup kecik dan mampu oleh semua golongan...di tokok dengan sedikit usaha...pasti akan membuah kan hasil!!Untuk keterangan lanjut KLIK DI SINI.

Blog Buat Duit!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


JAWAP SURVEY...DAPAT DUIT!
 

Friday, April 18, 2008



Ni ada benda best yang lia baru terjumpa dan nak share ngan korang semua....Hanya dengan menjawap soalan soal selidik yang mudah anda akan di bayar 4USD setiap satu.Malahan untuk soalan kaji selidik yang pertama anda jawap selepas registration anda akan di beri 6USD.Soalan kaji selidik dia senang jer..bukan soalan kaji selidik berjela jela mcm korang wat tesis kat U tu...korang cuma di beri 2 laman web untuk korang tgok..pastu korang buat la penilaian sama ada laman web tu menarik ke tak...atau pun mengelirukan ke...boring ke....buat komen dalam 2 3 baris pastu...Wallahhhhhhhhhh!Dah masyuk 4USD dalam income.Amacam??Best tak??
Tapi ada beberapa syarat mudah la yang korang kena ikut...syarat ni mudah sgt pun kalau nak di bandingkan dgn bayaran yang bakal korang terima nanti.....
  • Korang mesti boleh Berbahasa Inggeris dengan betul - sebab semua jawapan survey tu kena di jawap dalam bahasa inggeris.
  • Mesti ada akaun PAYPAL - Untuk pengguna pengguna di luar USA paypal adalah satu satu nya kaedah pembayaran yg di terima.Semua pembayaran anda akan di masukkan ke sini.Boleh buka akaun ni FREE jer.(jadi kalau tak tau PAYPAL apa g klik kat encik google,nanti dia akan bagi tahu...nak terangkan kat sini nanti buang masa!)
MINIMUM PAYOUT dia adalah apabila akaun anda mencecah USD75.Nampak mcm jumlah tu besar kan?Tapi sebenarnya sekejap jer korang leh sampai jumlah tu.Cuba korang pikir balik...1 survey 4USD so kalau nak sampai 75USD cuma jawap lebih kurang 15 survey jer...pastu bayangkan la 75USD tu darab dengan 3.5(untuk tukar dalam RM)WOWwwwwwww...dah berapa dah tu???Korang pikirla sendiri...

Ni contoh akaun lia...baru jer jawap 5 6 servey dah banyak ni....tgok la sendiri...

Jom jangan buang masa lagi...meh kira ramai ramai bikin wang dgn jawap survey...!!!
Untuk keterangan lanjut sila klik pada BANNER kat atas sekali tu atau pon KLIK DI SINI.

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


HMM...TAK SANGKA...!
 

Hmm..terkejut dan bebetul tak sangka lah jugak bila check kat nufnag yang traffic masuk ke blog lia ni kira ramai lah jugak..Ye lah blog lia ni bukannya blog golongan pro sekadar blog sembang sembang kosong dan sesekali mengandungi info hasil dari cetusan rasa peribadi...tengok sajalah pada carta di bawah...ini adalah bilangan kemasukkan ke blog lia sepanjang minggu lepas...(maaf visual kelabu asap sikit...tapi masih boleh dilihat!)Korang tgok lah ek busuk busuk pon satu hari dalam 60 org gak yang masuk ke sini...So apa pun Lia nak ucapkan terima kasih la pada korang yang sudi ke sini.Pada yang dah jadi pengunjunjung setia tu lia nak ucapkan LIA CAYA SAMA LU....
Peluang masih terbuka pada korang yang ingin menyewa tapak iklan kat sebelah ni...So korang pikir lah kan kalau seminggu lebih kurang 700 org dah masuk ke sini sure sedikit sebanyak kalau korang beriklan di sini akan beri manafaat buat korang gak...Ala tak mahal...murah la sgt...RM30 untuk 3 bulan..pastu iklan korang di pasang kat 2 blog pulak tu..blog ni ngan blog biz lia...korang pikir la...kira dah murah sgt tu..mane nak dapat.??hehehehe!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


JOM BUAT DUIT DGN. MYSPACE
 

Thursday, April 17, 2008

Hmm...korang yang main tenet ni mesti ada dan kenal apa itu MYSPACE.Kalau tak ada MYSPACE pun tentu korang ada yg ala ala cenggitu seperti FRIENDSTER,HI5,ORKUT,TAGGED dan mcm mcm lagi lah...
Tak kira lah apa pun tapi korang tau tak yang korang boleh wat duit dgn menda ni semua???
Kenape???Tak percaye??Hahaha...Kalau korang ,org yang biasa dgn benda benda MYSPACE dan sewatu dgn nya ni tentu korang tau yang kita boleh ADD FRIEND dan bila kita dah add kalau kita rajin kita selalu hantar COMMENT kat kengkawan....ucap 'hi' la..'thanks' la...epibeday la...dan mcm mcm lagi....Paling tidak pun dalam 1 hari korang mesti hantar1 COMMENT kat kengkawan baik korang...Sekarang ada cara baru bagai mana komen anda tu,
BOLEH WAT DUIT UNTUK ANDA!

Bagaimana??Macam tak logik jer...Macam ni...Lia terangkan kat sini seringkas ringkasnya menggunakan bahasa yang paling mudah agar kita semua paham.....bila kita berdaftar dgn "satu benda ni"(akan diberitahu kat bawah)..korang akan di bagi satu laman rujukan korang sendiri...dekat laman tu anda akan ditunjukkan mcm mana cara untuk setting satu code HTML pada satu komen menarik....so..anda amik la code HTML komen menarik yang anda dah set tadi tu,kirim la kepada berapa ramai org yang ada kat dalam list korang kat MYSPACE(dan lain lain yg sewaktu dgn nya)...Jadi,bila kawan korang klik pada komen korang tu secara tak langsung anda dah dapat pembayaran kat situ...Walau pun bayaran yang dia bagi tu kecik jer(lebih kurang 5 sen jer)tapi bayang kan kalau anda rajin hantar komen pada kawan kawan ,perkara ni akan berulang over and over again dan pendapatan anda akan berganda ganda....dan lagi,katakan kawan anda yang terima komen anda tu berkenan dgn komen tu..dia dah tentu akan guna komen anda(yg mengandungi kod pembayaran untuk anda)tu dan hantar pulak komen tu kat kawan kawan dia yang lain.Jadi secara tidak langsung komen anda tu dah"beranak pinak" dan pendapatan anda pun turut lah 'beranak pinak" gak...hehehe....
So daripada korang main main hantar komen cenggitu jer takde ape ape habuan lebih baik lah ada sedikit habuan buat sendal sendal gusi...paling tidak pun buat bayo bill tenet pun jadi la...
Ok lah dah penat nak cerita..kalau korang tak paham paham gak ,atau nak tahu dgn lebih lanjut...klik pada banner kat bawah...
Buat Duit Main Myspace

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


ALHAMDULILLAH AKHIRNYA BERJAYA!
 

Thursday, April 10, 2008

Para Blogger dan pembaca yg di hormati,
Jika anda adalah pengunjung setia blog ini tentu anda perasan yg ada benda baru yang seblum ni tak ada kat blog lia.....agak agaknya apa ya?Cuba tgok kat atas post ni....ada apa?yaa....betul..
IKLAN IKLAN DARI GOOGLE....!!


Sebelum ni lia penah tulis ttg bagaimana iklan sekecik iklan google ni memberi pengaruh kepada laman web dan blogger,dan lia ada jugak terangkan bahawa nak memohon iklan ni agak sukar dari yg kita jangkakan.


Mungkin ramai yang tak tahu bahawa sebelum ni lia dah pernah memohon untuk dapatkan iklan GOOGLE ni tapi malang nya permohonan lia sebelum ni telah di GAGAL dan di tolak oleh pihak GOOGLE atas atas alasan penggunaan bahasa (Bahasa Melayu) yang tidak tersenarai di GOOGLE.


Tapi berkat kesungguhan dan tak mengaku kalah....akhirnya permohonan lia kali kedua menemui KEJAYAAN!
Alhamdulillah akhirnya dapat juga lia masukkan iklan iklan GOOGLE ni di ketiga tiga BLOG yg lia ada....Betullah kata bidalan "USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN" ....walau pun pernah satu ketika lia hampir give-up dgn GOOGLE ADSENSE dan cuba untuk mencari iklan iklan alternatif yang lain...tapi bila mengenangkan ADSENSE POWER tu mengatasi segalanya lia cuba lagi dan akhirnya berjaya...!Ini pun berkat dari panduan dalam beberapa E-BOOK yg telah lia beli ttg bagaimana untuk memohon ADSENSE secara berkesan!


Kepada rakan rakan blogger yg belum lagi mendapatkan iklan GOOGLE ADSENSE teruskan usaha anda...kalau boleh dapatkan panduan pakar dari E-BOOK yang ada di pasaran ,yg penting cari lah E-BOOK yg mudah di fahami kerana saya tahu anda juga org baru seperti saya!Kalau saya boleh kenapa anda tidak!!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
 

Tuesday, April 8, 2008

Para blogger dan rakan rakan yang di hormati sekelian,

Lia akan membuka ruang iklan untuk di sewa.Dengan ini kepada anda yang berminat dan mempunyai produk untuk di pasarkan boleh la menyewa ruang iklan tersebut.Iklan iklan dan produk yang ingin di pasarkan ada lah bebas tapi di harapkan agar bukanlah iklan lucah dan iklan iklan yang terkeluar dari norma norma kita sebagai umat islam.

Harga tapak iklan adalah seperti di bawah:
-Ruang Banner = 180x80 pxl
-Lokasi = Blog Gadis Melayu & Blog Aliabiz
-Harga = RM10 sebulan/tempoh langganan sekurang kurang nya 3 bulan

Kepada sesiapa yang berminat boleh la menyerdiakan banner(paparan iklan) sendiri...kalau tak ada banner lia akan cuba bantu buat banner untuk anda dgn tanpa bayaran sesen pun(FREE).Tapi banner yang akan saya buat adalah banner ringkas yang hanya menggunakan 2 warna sahaja.Jika berminat anda boleh la menghubungi saya melalui alamat email gadis_melayu@sweetalia.com


KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


HARUM....MURAH...yg penting ORI..!
 

Monday, April 7, 2008

Dapatkan MINYAK WANGI dari jenama yang terkenal pada harga yang berpatutan dan mampu milik....

125ml dan ke atas = RM170.00
100ml = RM150.00
75ml = RM130.00
50ml = RM110.00


Haaa???Macam mana ia boleh jadi begitu murah??Jangan jangan tiruan tak.....???
Maaf!!!Produk kami adalah ORIGINAL 100% dan kami mempunyai JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN sekiranya anda meragui akan ketulenannya.Tapi harganya jadi lebih murah kerana...ia adalah, ~Original Factory Rejected~kalau anda masih tidak paham biar saya terangkan...Bagi kilang kilang jenama terkenal, KESEMPURNAAN adalah paling diberi keutamaan..jadi kalau ada walau paling minima pun kerosakan dan kecacatan pada botol atau kotak produk ini dah dikira 'reject' sedangkan sebenarnya produk ini masih boleh di pakai dan berkeadaan baik....Jadi ia di jual semula tanpa mengira jenama tapi mengikut ukuran milileter dalam setiap botol...Dan stock di datang kan terus dari kota Peranchis....
Sebut saja dari jenama apa yang anda inginkan pasti ada....Yang penting anda mampu "BERBAU HARUM" seharum artis dan orang orang terkenal....!!!


Di atas adalah diantara jenama minyak wangi yang kami jual...jika anda menginginkan jenama apa saja anda boleh buat REQUEST insyaallah akan kami cuba dapatkan!

Kepada anda yang berminat boleh berhubung terus dengan ALIA atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh la di buat melalui email

gadis_melayu@sweetalia.com

Untuk keterangan yang lebih lanjut , gambar gambar yang lebih jelas dan tempahan boleh lah KLIK DI SINI.

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


BLOG BARU...
 

Friday, April 4, 2008

Assalamualaikum kepada para pembaca dan kawan kawan yg setia..,
Untuk pengetahuan semua lia dah pun membina BLOG yg baru..tapi kali ini blog ini lebih mengkhususkan kepada resepi resepi yang ada dalam BUKU MASAKAN BONDA LIA YG TERCINTA...pendek kata ni semua home made ...dan lia di besarkan(dan membesarkan diri..hehehe!) dgn masakan masakan ni,...so lia sendiri leh beri jaminan yang semuanya mmg sedap dan anda semua boleh cuba.Kepada anda yang inginkan kelainan,di blog ini juga ada di muatkan dgn masakan barat...dan dari masa ke semasa akan juga di muatkan dgn masakan india ,cina dan banyak lagi....
Disamping itu juga lia mengalu-alukan komen pada anda yg telah mencuba...dan jika anda ada cadangan juga jgn malu dan segan untuk kita sama sama berkongsi idea,petua dan tips dalam masakan...Dan bagi anda yang ingin menyumbangkan resepi juga lia sedia menerima dan berasa amat berbesar hati...Kepada yang berminat leh tinggal kan msg kat shoutbox....atau pun hantar jer resepi anda tu ke EMAIL lia di gadis_melayu@sweetalia.com dengan menyertakan NAMA anda untuk lia tulis dalam blog tu nanti...Ye la....sebagai ucapan terima kasih kerna sudi menyumbang ,kan!
Dibawah ni LINK blog lia.... KLIK DI SINI
..atau pada banner kat bawah ni..!

ALIA'S RECIPE BLOG

Sudi sudikan lah datang dan mencuba resepi yang ada.....TERIMA KASIH!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


WOMAN....
 

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


FAKTA YG ORG TAK TAU(atau tak ambil peduli pon) TENTANG CIKGU...
 

Tuesday, April 1, 2008


Apabila seorang individu melangkah ke alam persekolan, bermula lah satu episod dalam hidup mereka mengenali seorang insan yang bernama "CIKGU".Tapi setelah sekian lama anda kenal insan itu ,sejauh mana anda tahu dan paham bidang tugas seorang guru sebenarnya??Secara umumnya tugas guru itu adalah mengajar....tapi tahukah anda bahawa tanggungjawap seorang guru itu ada 1001 mcm lagi yang korang semua tak pernah terpikir.....

1. Yang korang nampak kerja cikgu ni senang... kerja separuh hari ngajar pagi tengah hari dah balik.....Tapi pernah tak korang tau yang kerja cikgu ni sebenarnya tugas dia belum selesai bila loceng balik sekolah berbunyi.Malah tugas seorang guru ni bersambung sampai dia balik ke rumah.Buku buku sekolah yang bertimbun yg perlu di periksa....menulis buku rancangan mengajar..kertas kertas soalan peperiksaan yang perlu ditanda...borang markah ujian bulanan perlu di isi dan di analisa,buku adab belajar perlu di penuhkan dan banyak lagi yang tak mampu nak di sebut di sini... bila masanya cikgu buat semua benda tu???Pernah kah anda bertanya??Mana ada cukup masa kat sekolah untuk seorang guru selesai kan semua tu....jadi mau tidak mau semua tugas tu perlu di selesai kan kat rumah....Disaat anak anak merengek hendak di dodoikan...dan di kala para suami/isteri merayu minta di belai..pada masa itu lah seorang yang bernama
CIKGU perlu mengenepikan semua tu demi untuk menyiapkan segala tugas DI RUMAH....so please la....jgn kata kerja cikgu ni cuma SEPARUH HARI ......dan yg lebih perit lagi ada yang menuduh cikgu cikgu ni makan 'gaji buta',gaji jer banyak tapi kerja separuh hari.....dah tau keja cikgu gaji banyak apasal ko tak mintak keje cikgu dulu.....wahahahah...sebab ko pun tak berani nak wat keja ni,ko cuma pandai cakap jer.......

2. Korang tau tak...di sebalik tugas utama seorang CIKGU tu mengajar...ada banyak lagi tanggung jawap yg dia pikul secara tak langsung...seorang cikgu akan jadi .....

  • PENGASUH -bila anak anak anda yang kurang sihat anda hantar juga ke sekolah dgn alasan tak ada sapa nak jaga kat rumah...nampak sgt anda dah cuba nak lari dr tanggung jawap sendiri dgn mengalihkan tugas sebagai pengasuh kepada cikgu di sekolah .Anda mungkin tak sedar hanya kerana guru itu memberi perhatian pada anak anda yg kurang sihat...proses pembelajaran murid murid yg lain juga turut terganggu...
  • DOKTOR-bila anak anda cedera atas kelalaian mereka sendiri contohnya terjatuh atau terluka cikgu cikgu ini lah yang bersusah payah merawat anak anak anda kat sekolah sebelum mendapat rawatan lanjut kat sepital(itu pun kalau serius)..dah tu bila pihak sekolah memaklum kan perkara ini pada ibu bapa....cikgu cikgu ni pulak yg jadi sasaran maki hamun ibubapa yang konon nya lalai sehingga mengakibat kan anak mereka cedera.Padahal anak dia sendiri yg mcm "beruk mak yeh" tak reti nak duduk diam dalam kelas.
  • HAKIM - bila berhadapan dengan situasi di mana guru perlu membuat keputusan sama ada siapa yang betul atau yg salah cikgu terpaksa bertindak sebagai hakim.Contohnya jika salah seorang murid didapati meniru dalam kelas...atau mencuri dalam kelas...cikgu terpaksa mengambil langkah bijak untuk bertindak...agar mereka yang bersalah di hukum dgn setimpal...
  • KAUNSELOR- bila berhadapan dgn murid murid yg bermasalah seorang cikgu terpaksa menjadi kaunselor...memujuk mencari jln keluar bagi murid murid yg ada masalah keluarga....murid yang lari dari sekolah...murid yang mempunyai masalah displin dan banyak lagi masalah yang pada ibubapa ia bukan satu masalah...tapi bagi cikgu ia adalah satu masalah besar kerana dgn semua masalah itu murid akan kecundang dalam akademik.
  • POLIS - menegakkan undang undang dan peraturan sekolah.DIsplin...tatacara berpakaian..bagaimana kelakuan murid sekolah semua tu cikgu kena pantau..terutama murid murid dalam jagaan dia(guru kelas).
  • DBKL - yang saya tekan kan pada cikgu cikgu yang ngajar sekolah rendah....murid muntah ...murid terberak...apa korang ingat ada makcik tukang sapu ke yang akan bersihkan semua tu???Makcik tukang sapu tu di bayar gaji untuk sapu kawasan sekolah jer...bab bab muntah belillah ni korang rasa sapa yg kena buat?CIKGU la...sapa lagi....Mengadap murid yang terberak terkencing dalam kelas itu semua keja cikgu beb!
3. Bidang utama cikgu iaitu MENGAJAR itu pun terlalu luas sebenarnya.Kalau betul betul cikgu itu kerja nya cuma mengajar dia tak akan ambil peduli sama ada anak anda itu paham atau tidak apa yg diajar.Asalkan dia ajar sudah la...paham ke tak paham LANTAK KORANG LA...Tapi seorang cikgu TAK MACAM TU.Dia seboleh bolehnya akan kaji dan cari jalan penyelesaian kenapa murid tu tak dapat menguasai apa yang di ajar...dia akan cuba mcm mcm cara untuk cari penyelesaian....yang sedihnya ibubapa ni tak habis habis nak dtg serang dan menyalahkan cikgu kalau anak dia tak pandai di sekolah.....

Sedarlah....cikgu cuma bersama murid lebih kurang 5 jam 1 hari dan selebihnya(19 jam)murid bersama ibubapa...jadi fikir fikirlan lah antara guru dan ibubapa siapa yg punya lebih ruang kalau di gunakan secara positif dapat memberi kesan pada anak anak...didikan tu sebenarnya dtg dari rumah...yg cikgu cikgu beri ni cuma didikan yg formal....Kalau anak anda yang 2 3 orang kat rumah tu nakal pon anda dtg mengadu dgn cikgu yg anda dah tak mampu nak wat apa apa...anda bayangkan lah bagai mana seorang cikgu nak kawal 40 org murid yang bukan anak dia dan dtg dari pelbagai perangai dan latar belakang yg berbeza...pikir pikir kan lah....

Kalau anak anda lemah dalam pelajaran anda sewenang wenang nya menuduh yang cikgu itu
TAK PANDAI MENGAJAR....tapi kalau anak anak anda pandai dan bijak.. berapa ramaikah di antara kita yang datang mengucapkan terima kasih kepada cikgu....TAPI ANDA SEBALIKNYA akan kata ."..wah..anak aku pandai kerana aku keluar duit hantar dia tuisyen dan anak aku ni mmg gifted mmg inteligent sebab genetik keluarga aku mmg semua pandai pandai...!"

DEMI ALLAH...sesungguhnya seorang cikgu itu tak pernah meminta balasan atas segala ilmu yang dia curahkan...semuanya ikhlas kerana Allah.....Tapi..apa lah salahnya jika anda memberi dia sepotong ucapan yg sudah cukup membuat dia puas dan terharu....Ucapkanlah..."TERIMA KASIH CIKGU".....

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM