IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

MENJAWAB KEMUSYKILAN..
 

Wednesday, April 30, 2008

Tertarik dengan satu komen yang lia terima yang merujuk kepada posting lia baru baru ni yang bertajuk"IBU BAPA KENA PRIHATIN",dan komen itu berbunyi begini...

"Salam Alia...

Akak ada anak yg dlm tahun 1, selalu balik rumah ada jerr pensil/pemadam/pensel color yg hilang, tapi akak nak marah pun tak boleh....


Kadang2 bila balik rumah, tanya dia adik ada homework tak? Dia jawab ada tapi bila suruh buat, dia tak ingat apa yg cikgu pesan...(Ni yg tak tau nak buat mcm mana)

Apa pun terima kasih utk panduan2 yg diberikan...bukan senang nak handle anak dalm lingkungan unur mcm nie...Respect Alia..."
Sebelum mengulas lia nak ucapkan terima kasih pada AKAK yang telah sudi membaca ruangan dalam blog lia.

Masalah Hilang barang:
Sebenarnya masalah yang akak utarakan ni bukan masalah pada anak akak seorang tapi ada lah masa lah global....memang.. hati ibu mana yg tak panas kalau setiap hari anak pulang dari sekolah mengadu pensil dan segala peralatannya hilang sedangkan kita dah pun menyediakan yang secukupnya kepada anak kita.

Nak marahkan murid murid lain rasanya mcm tak kena sebab ye lah murid murid dalam umur sebegini apalah yang dia tahu.....Satu cara yang saya fikirkan terbaik ialah dengan:

  • melabel semua barang barang kepunyaan anak kita dengan nama.Buat tanda yang tak boleh ditanggalkan dengan mudah sebagai contoh menulis nama dengan menggunakan permanent marker dsb.
  • elakkan anak kita dari menunjuk nunjuk kelengkapan yang dia ada pada waktu dia tak perlukan benda tu.Hanya keluarkan benda benda tu bila saat nak di gunakan.
  • buat dua bahagian...contohnya kalau pensil dia ada 5 hanya masukkan 3 batang pensil beserta pemadam dan pembaris dalam kotak pensil...yang lain lain seperti warna ,gunting dan gam dalam satu bekas yang lain dimana dia tak perlu nak keluarkan benda benda tu kalau dia tak perlukannya.
  • pesan pada anak anak untuk sentiasa mengemas semula barang barang keperluan tadi setiap kali dia nak meninggalkan kelas(waktu rehat atau nak ke tandas)Pastikan semua barang barang tu di masuk kan ke dalam beg dan beg hendaklah dizipkan.
Sebagai seorang guru pun memang sukar untuk mengelakkan masalah hilang barang untuk terjadi...tambah tambah di tahun satu...Untuk itu kerjasama dari pihak ibu bapa amat amat lah di harapkan....berpesan pada anak anak agar barang barang mereka tidak di pinjamkan kepada kawan bukan lah langkah penyelesaian yang bijak kerana mungkin akibat rasa tidak puas hati kerana tidak di beri pinjam anak anak ini akan menimbulkan masalah lain pula contoh mencuri atau menyorokkan barang itu di tempat lain.

Kerja Rumah:
Begini sebelum saya mengulas biar saya ceritakan ttg situasi saya sendiri...
Bagi Lia yang mengajar di kelas TAHUN 1 di kelas belakang(yang kurang cerdas)Memang Lia tak galakkan untuk memberi kerja rumah pada murid murid...Bukan apa anak anak yang lemah ini kalau di beri kerja di kelas sekali pun sudah mengambil masa yang lama untuk disiapkan malah ada yang gagal untuk menyiapkan pada waktu yg di tetapkan lia rasa untuk memberi kerja rumah pada anak anak begini adalah tidak wajar...Dan lagi apa yang guru guru bimbang kan ialah apa bila anak anak ini membawa pulang buku untuk menyelesaikan kerja di rumah pasti ada yang akan gagal membawa buku itu kembali ke sekolah(tak tau lah sama ada mereka lupa atau dengan sengaja tidak bawa kerana kerja rumah yang di beri tidak siap)jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi...ramai guru mengambil langkah untuk tidak memberikan kerja rumah dan menyimpan sebahagian besar buku latihan di sekolah.Secara tidak langsung dapat mengurangkan beban berat beg sekolah anak anak kita...

Masalah anak lupa kerja rumahnya atau pesanan pesanan lain:
Biasakan membekalkan BUKU PESANAN kepada anak anak...jadikan buku itu sebagai perantara antara guru guru dan ibubapa...seandainya ibubapa ada perkara yang ingin di sampaikan kepada guru boleh la menulis di dalam buku itu begitu juga sebaliknya jika guru ada apa apa yang ingin di pesankan kepada ibubapa...Sebagai ibubapa anda harus sering memeriksa buku itu setiap hari bagi memastikan apa yang ingin disampaikan dapat anda terima dan ambil tindakan.Jadi dalam konteks KERJA rumah tadi...ibubapa boleh berpesan kepada guru untuk menulis di dalam BUKU PESANAN tadi latihan mana yang guru telah berikan sebagai kerja rumah.Jadi ibubapa boleh boleh lah bertindak memastikan anak anak meyiapkan kerja yang di suruh.

Saya harap saya sudah menjawap kemusykilan dari AKAK tadi...terus terang pendekatan yang saya pakai tak lebih dari pendekatan peribadi...mungkin bagi lain guru pendekatan mereka ada lah berbeza...sesungguhnya ini hanyalah cadangan peribadi dari saya....harap semua mendapat sedikit pedoman dari penulisan ini....

.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Email this post


2 apa kata mereka: to “
MENJAWAB KEMUSYKILAN..

  • Akak
    April 30, 2008 at 10:59 PM  

    Cikgu Alia...

    Berbanyak terima kasih akak ucapkan atas respon dari Alia..

    InsyaAllah Akak akan cuba melabel pensel etc utk mengelakkan dari hilang...

    Akak akan mencuba kaedah "BUKU PESANAN" yang Alia suggest tu..sebelum nie kalau sikecil tu lupa homework Akak terpaksa call cikgu, tapi nak call selalu segan juga sebab yealah cikgu balik rumah pun bz juga dengan urusan sendiri ni nak layan panggilan dari parents pula, kena fairlah kan. Rasanya BUKU PESANAN nie best solutionlah...Akak cuba, apa2 nanti Akak feedback kat Alia semula.

    Terima kasih kerana menjadi guru yg berdedikasi...

  • Anonymous
    November 14, 2009 at 9:01 PM  

    hai selamat berkenalan sweet'blog saya hanis.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM