FAKTA YG ORG TAK TAU(atau tak ambil peduli pon) TENTANG CIKGU...
Tuesday, April 1, 2008
Apabila seorang individu melangkah ke alam persekolan, bermula lah satu episod dalam hidup mereka mengenali seorang insan yang bernama "CIKGU".Tapi setelah sekian lama anda kenal insan itu ,sejauh mana anda tahu dan paham bidang tugas seorang guru sebenarnya??Secara umumnya tugas guru itu adalah mengajar....tapi tahukah anda bahawa tanggungjawap seorang guru itu ada 1001 mcm lagi yang korang semua tak pernah terpikir.....
1. Yang korang nampak kerja cikgu ni senang... kerja separuh hari ngajar pagi tengah hari dah balik.....Tapi pernah tak korang tau yang kerja cikgu ni sebenarnya tugas dia belum selesai bila loceng balik sekolah berbunyi.Malah tugas seorang guru ni bersambung sampai dia balik ke rumah.Buku buku sekolah yang bertimbun yg perlu di periksa....menulis buku rancangan mengajar..kertas kertas soalan peperiksaan yang perlu ditanda...borang markah ujian bulanan perlu di isi dan di analisa,buku adab belajar perlu di penuhkan dan banyak lagi yang tak mampu nak di sebut di sini... bila masanya cikgu buat semua benda tu???Pernah kah anda bertanya??Mana ada cukup masa kat sekolah untuk seorang guru selesai kan semua tu....jadi mau tidak mau semua tugas tu perlu di selesai kan kat rumah....Disaat anak anak merengek hendak di dodoikan...dan di kala para suami/isteri merayu minta di belai..pada masa itu lah seorang yang bernama CIKGU perlu mengenepikan semua tu demi untuk menyiapkan segala tugas DI RUMAH....so please la....jgn kata kerja cikgu ni cuma SEPARUH HARI ......dan yg lebih perit lagi ada yang menuduh cikgu cikgu ni makan 'gaji buta',gaji jer banyak tapi kerja separuh hari.....dah tau keja cikgu gaji banyak apasal ko tak mintak keje cikgu dulu.....wahahahah...sebab ko pun tak berani nak wat keja ni,ko cuma pandai cakap jer.......
2. Korang tau tak...di sebalik tugas utama seorang CIKGU tu mengajar...ada banyak lagi tanggung jawap yg dia pikul secara tak langsung...seorang cikgu akan jadi .....
- PENGASUH -bila anak anak anda yang kurang sihat anda hantar juga ke sekolah dgn alasan tak ada sapa nak jaga kat rumah...nampak sgt anda dah cuba nak lari dr tanggung jawap sendiri dgn mengalihkan tugas sebagai pengasuh kepada cikgu di sekolah .Anda mungkin tak sedar hanya kerana guru itu memberi perhatian pada anak anda yg kurang sihat...proses pembelajaran murid murid yg lain juga turut terganggu...
- DOKTOR-bila anak anda cedera atas kelalaian mereka sendiri contohnya terjatuh atau terluka cikgu cikgu ini lah yang bersusah payah merawat anak anak anda kat sekolah sebelum mendapat rawatan lanjut kat sepital(itu pun kalau serius)..dah tu bila pihak sekolah memaklum kan perkara ini pada ibu bapa....cikgu cikgu ni pulak yg jadi sasaran maki hamun ibubapa yang konon nya lalai sehingga mengakibat kan anak mereka cedera.Padahal anak dia sendiri yg mcm "beruk mak yeh" tak reti nak duduk diam dalam kelas.
- HAKIM - bila berhadapan dengan situasi di mana guru perlu membuat keputusan sama ada siapa yang betul atau yg salah cikgu terpaksa bertindak sebagai hakim.Contohnya jika salah seorang murid didapati meniru dalam kelas...atau mencuri dalam kelas...cikgu terpaksa mengambil langkah bijak untuk bertindak...agar mereka yang bersalah di hukum dgn setimpal...
- KAUNSELOR- bila berhadapan dgn murid murid yg bermasalah seorang cikgu terpaksa menjadi kaunselor...memujuk mencari jln keluar bagi murid murid yg ada masalah keluarga....murid yang lari dari sekolah...murid yang mempunyai masalah displin dan banyak lagi masalah yang pada ibubapa ia bukan satu masalah...tapi bagi cikgu ia adalah satu masalah besar kerana dgn semua masalah itu murid akan kecundang dalam akademik.
- POLIS - menegakkan undang undang dan peraturan sekolah.DIsplin...tatacara berpakaian..bagaimana kelakuan murid sekolah semua tu cikgu kena pantau..terutama murid murid dalam jagaan dia(guru kelas).
- DBKL - yang saya tekan kan pada cikgu cikgu yang ngajar sekolah rendah....murid muntah ...murid terberak...apa korang ingat ada makcik tukang sapu ke yang akan bersihkan semua tu???Makcik tukang sapu tu di bayar gaji untuk sapu kawasan sekolah jer...bab bab muntah belillah ni korang rasa sapa yg kena buat?CIKGU la...sapa lagi....Mengadap murid yang terberak terkencing dalam kelas itu semua keja cikgu beb!
Sedarlah....cikgu cuma bersama murid lebih kurang 5 jam 1 hari dan selebihnya(19 jam)murid bersama ibubapa...jadi fikir fikirlan lah antara guru dan ibubapa siapa yg punya lebih ruang kalau di gunakan secara positif dapat memberi kesan pada anak anak...didikan tu sebenarnya dtg dari rumah...yg cikgu cikgu beri ni cuma didikan yg formal....Kalau anak anda yang 2 3 orang kat rumah tu nakal pon anda dtg mengadu dgn cikgu yg anda dah tak mampu nak wat apa apa...anda bayangkan lah bagai mana seorang cikgu nak kawal 40 org murid yang bukan anak dia dan dtg dari pelbagai perangai dan latar belakang yg berbeza...pikir pikir kan lah....
Kalau anak anda lemah dalam pelajaran anda sewenang wenang nya menuduh yang cikgu itu TAK PANDAI MENGAJAR....tapi kalau anak anak anda pandai dan bijak.. berapa ramaikah di antara kita yang datang mengucapkan terima kasih kepada cikgu....TAPI ANDA SEBALIKNYA akan kata ."..wah..anak aku pandai kerana aku keluar duit hantar dia tuisyen dan anak aku ni mmg gifted mmg inteligent sebab genetik keluarga aku mmg semua pandai pandai...!"
DEMI ALLAH...sesungguhnya seorang cikgu itu tak pernah meminta balasan atas segala ilmu yang dia curahkan...semuanya ikhlas kerana Allah.....Tapi..apa lah salahnya jika anda memberi dia sepotong ucapan yg sudah cukup membuat dia puas dan terharu....Ucapkanlah..."TERIMA KASIH CIKGU".....
April 3, 2008 at 1:23 AM
yang aku tau... cikgu nie banyak yang PENYABAR.. tuh la yang paling aku respek pada cikgu
April 21, 2009 at 9:35 AM
mmg tugas guru/cikgu amat mulia. tanpa guru tiada lah doktor, pegua, jurutera dan bermacam-macam lagi.