IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!

SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE

ARTIKEL TERKINI

IBU BAPA KENA PRIHATIN
 

Sunday, April 27, 2008


Mungkin semua pun sudah tahu yang Lia ada lah seorang pendidik dan di blog ini saja ada beberapa artikel yang lia tulis berkenaan dgn senario persekolahan masa kini.
Terus terang lia katakn yang Lia tak suka nak bincangkan isu isu besar dalam pendidikan kerana perkara ini biarlah mereka yang lebih ahli membincangkan nya di forum forum utama.Bagi lia ,lia lebih suka mengetengahkan isu yang org semua anggap remeh dan tak pernah terfikir pun..tapi sebenarnya kalau isu ini tidak di tangani ia akan jadi masalah besar bagi guru dan murid itu sendiri.
Memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawap ibubapa seperti juga memberi makan pakai anak anak dan seisi keluarga.Mungkin bila anak anak itu sudah di daftarkan ke sekolah ramai yang beranggapan tugas mereka sudah selesai dan yang selebihnya tanggung jawap itu di galas oleh guru untuk memberi pendidikan.Memang betul...tapi sejauh manakah seseorang guru itu boleh menjalankan tugas nya dengan lancar sekiranya ada beberapa isu kecil yang gagal di tangani dengan baik.??
Saya ingin bertanya...berapa ramaikah ibu bapa yang memeriksa keperluan anak anak mereka sebelum menghantar anak anak mereka ke sekolah?Keperluan yang saya maksud kan ini bukan sahaja benda benda seperti baju sekolah kasut dan buku tapi pensil ,pemadam, warna, gunting,pengasah pensil dan gam.Walaupun yang murah dan kurang berkualiti(bg yg berpandapatan rendah)tapi asalkan ada.Mungkin kerana saya sudah lama mengajar di TAHUN 1 jadi pada saya perkara ini penting.Seorang murid TAHUN 1(dan tahun tahun yg lain juga)secara asasnya perlu ada semua benda benda tadi.
Tahukah anda berapa lama kah seorang murid itu membuang masanya di tempat bakul sampah untuk mengasah pensilnya,dalam satu hari persekolahan?Sedangkan kalau masa itu dapat dikurangkan anak anak mempunyai lebih masa untuk menumpukan perhatian dalam kerja kerja nya di kelas.Nampak remeh...tapi hanya kerana kira sebagai ibubapa gagal untuk melaksanakan tugas dgn baik...anak anak yg menerima akibatnya.Saya nasihatkan pada ibubapa...sediakan la sekurang kurangnya 3 pensil yang sudah siap tajam sebelum anak anak ke sekolah.Pastikan anak anak mepunyai pemadam dan pembaris.Kerana kalau tak ada mereka akan mengambil kesempatan untuk merayau rayau dalam kelas dgn alasan untuk meminjamnya dari kawan.Ini juga akan membuang masa mereka.Dan lagi asas penggunaan pembaris perlu di tanam sejak awal....bila saya perhatikan di kelas...anak anak ini jarang gunakan pembaris untuk buat kotak atau garisan....lebih suka pakai freehand...kalau lurus tak apa lah jugak ini senget benget,buat sakit mata jer nak menanda nanti..kalau di tanya mana pembaris...katanya tak ada...abis cikgu nak cakap apa....suruh pinjam dari kawan...kawan pulak pelokek(sebab mak ayah dah pesan jgn kasi pinjam kawan)jadi apalah agaknya nak jadi dgn budak budak ni tadi....nak tak nak cikgu juga lah yg keluarkan duit untuk bekalkan pembaris dan pemadam.
Kalau org tak tau org akan cakap ajar TAHUN 1 lah paling senang...Iya SUKATAN PELAJARANNYA mmg senang tapi pendekatan ,cara nak tackle ,cara nak handle itu yang susah.Budak besar kita cakap jer diorang dah paham...budak kecik awak marah dia sampai kepala pecah pun dia tak paham...hahahaha....
So..kesimpulannya ambil tahu...Setiap hari buka dan belek beg dan kotak pensil anak anak anda sebelum dia ke sekolah.Warna yang patah kita asahkan....pensil patah kita asahkan,pensil sebatang ganti lah semula bagi jadi 3...pada saya 3 tu tahap selamat untuk dia gunakan selama 5 jam di sekolah.Harap para ibubapa dapat sedikit panduan dari posting saya kali ini...
Terima Kasih!

.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Email this post


1 apa kata mereka: to “
IBU BAPA KENA PRIHATIN

  • Akak
    April 30, 2008 at 3:38 PM  

    Salam Alia...

    Akak ada anak yg dlm tahun 1, selalu balik rumah ada jerr pensil/pemadam/pensel color yg hilang, tapi akak nak marah pun tak boleh....

    Kadang2 bila balik rumah, tanya dia adik ada homework tak? Dia jawab ada tapi bila suruh buat, dia tak ingat apa yg cikgu pesan...(Ni yg tak tau nak buat mcm mana)

    Apa pun terima kasih utk panduan2 yg diberikan...bukan senang nak handle anak dalm lingkungan unur mcm nie...Respect Alia...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!
 

Design by SWEETALIA | Distributed by SWEETALIA.COM